JUMPA JENNIFER THOMPSON SEAKAN MIMPI

by 12:42 PM 0 comments

Memang tidak pernah terfikir langsung nak jumpa orang ni.yalah, siapa saya nak jumpa orang yang .Akan tetapi, atas dasar semangat untuk membawa nama band band lokal ke tahap lebih tinggi, saya langgar jak la.

Mungkin ramai yang dah tahu, saya dan team ONLINEFM sedang sibuk dengan satu projek mega iaitu INDONESIA ROAD TOUR 2017.Dimana, kami mencari 5 buah kumpulan muzik untuk di bawa ke indonesia mempromosikan lagu lagu mereka selama seminggu.Dimana, kesemua kos di tanggung 100%...

Disini ada 2 perkara yang buat saya gembira dan makin kuat semangat untuk meneruskan usaha membantu band band lokal sabah ini.2 perkara tersebut adalah..


  1. Ada pihak yang sudah nampak akan usaha ONLINEFM sejak tahun 2010 di tubuhkan.Secara tidak langsung, mereka tampil menghulurkan bantuan dan sudi memberi kerjasama.
  2. Dapat bertemu dengan nama nama besar dalam industri muzik tanahair di Malaysia


Untuk mencari 5 terbaik bukannya senang.Perancangan sudah di atur sejak bulan febuari lagi.Secara perlahan lahan kami memulakan proses.Hinggalah dapat idea untuk menjadikan JENNIFER THOMPSON sebagai salah seorang juri yang memilih band band terbaik sabah ini.

4 jam sessi perjumpaan dengan beliau di KLCC tempoh hari rasanya seperti tidak puas.Apa tidaknya, banyak benda baru saya perolehi.Terus teran saya cakap, orang ni memang peramah dan simple.dia kongsi semua pengalaman selama dia berkecimpung dalam industri muzik.Apa lagi, dia sekarang menjadi orang kuat kepada underground movement di malaysia.Setiapo hari dia share info info mengenai showcase mahupun gig sekitar Malaysia.

Alhamdulillah, perbincangan dengan Jennefer Thompson memberikan jawapan yang positif.Dimana dia akan membantu kami dalam mencari 5 terbaik untuk di terbangkan ke Indonesia pad awal tahun hadapan.Selain itu, dia juga akan datang ke sabah pada awal bulan oktober untuk melihat sendiri kehebatan band band sabah untuk sessi sariingan peringkat kedua.Selain dia, AG COCO juga akan turut sama dalam misi mencari 5 terbaik ini.

Jadi, sama sama kita tunggu ketibaan 2 orang besar ini ke KK pada awal bulan oktober nanti.Dan, kepada band band lokal di luar sana tu, jangan lepaslan peluag untuk menyertai sessi ujibakat ini.Sila lihat poster untuk mengetahui cara penyertaan.


BRo Langau

Penulis Blog

Blog Yang Memberitahu Perihal Pemuzik Tempatan Khususnya Di Sabah.Yang Mana Meraka Ini Perlukan Sokongan Dari Anda Semua..