KK JAZZ FEST EDISI KE-9

by 10:18 AM 0 comments


KK JAZZ FESTIVAL adalah sebuah acara hiburan yang berkonsepkan muzik jazz bakal melabuhkan tirai pembukaannya pada hari esok & lusa ( 24 & 25 July 2015). Ini merupakan acara tahunan anjuran SPARKS.

Antara objektif penganjuran ini sudah semestinya memberi pengiktirafan dan peluang kepada pemuzik jazz tempatan, khususnya di Malaysia.Bukan sahaja pemuzik dari sabah, malah luar sabah dan antarabangsa juga akan berada di pentas ini.

pic by Mr Roger Wang
Siapa tidak suka dan bersemangat bila lihat setting venue & stage sebegini rupa.ternyata ini adalah acara yang berprestig yang membawa nama KK lebih tinggi dikalangan pengemar muzik jazz.bagi yang tercalon untuk membuat persembahan di pentas ini, tahniah saya ucapkan dan jangan sia siakan peluang yang datang sekali dalam seumur hidup ini.

Kunjungan orang ramai dari KK serta luar KK pasti akan meriah.ditambah lagi dengan jemputan VVIP yang semestinya pengemar muzik jazz.


Apa yang best, dimana sebuah kumpulan baru yang berasal dari kg halamansaya telah tercalon dalam membuat persembahan di pentas KKJF ini nanti.mereka adalah SURIA BUSKER.mereka antara kumpulan yang akan cuba menghiburkan ribuan penonton yang hadir di lapang permainan tenis sutera harbour tu nanti.

Apa yang paling best, kumpulan ini telah dapat support dari 2 orang ahli kumpulan ATOMIC POWER yang sudah tidak asing lagi iaitu Abang Bong & Abang Achok.Masing masing amat berpengalaman dalam bidang muzik puluhan tahun.Almaklumlah, siapa tak kenal ATOMIC POWER kan. 


Bukan sahaja SURIA BUSKER, ada sebuah lagi kumpulan yang saya memang kenal dari dulu sudah.mereka berasal dari pulau Labuan.mereka mengelar diri mereka SUPERTONIC.Nda sangka, dapat juga mereka ini bersaing dengan calon calon KKJF audition tempoh hari.tahniah lah sama si Jon, Yus, Jay dan yang lain.bah, nanti on stage, kasi all out lah aah kamu.jan pula malu malu.specially si jay :P (jan mara jay)

Tahniah kepada anda semua yang terpilih untuk naik kepentas berprestig ini.sememangnya,abadikanlah moment showtime anda dengan "BERSELFIE" sebelum & selepas shiw tu nanti aah..:)

BRo Langau

Penulis Blog

Blog Yang Memberitahu Perihal Pemuzik Tempatan Khususnya Di Sabah.Yang Mana Meraka Ini Perlukan Sokongan Dari Anda Semua..