ARTIS TEMPATAN DAN LAGU RAYA

by 9:38 AM 0 comments



Wahhh, best dan makin bersemangat pula saya bila terlihat klip vedio raya dari penyanyi baru yang mana mereka kesemuanya di bawah 1 lable yang berasal dari sebuah daerah kecil iaitu "KINABATANGAN".

Sebuah studio rakaman yang treletak di daerah Kinabatangan tidak pernah berputus asa dalam melahirkan bakat bakat baru seni suara.Hasilnya amat memberangsangkan bila mana lable ini sudah mempunyai hampir 10 orang anak anak muda yang berbakat besar dalam bidang nyanyian.

Penyanyi penyanyi ini masih lagi baru dan ternyata perlukan bimbingan yang teliti dalam melangkah kedalam industri muzik khususnya di sabah.Al maklumlah, scene muzik kita di sabah ni terlalu kecil dan amat sukar nak naik ke peringkat mainstream (keluar TV & Radio popular)


Mereka bertigalah antara tulang belakang yang mencari dan cuba membimbing anak anak muda kinabatangan yang mempunyai bakat besar dalam bidang nyanyian.Walaupun mereka ini tidak di kenali, tetapi mereka mempunyai pengalaman dalam bidang seni suara.niat mereka boleh di jadikan contoh pada sesiapa sahaja di luar sana yang ingin berbakti pada tempat kelahiran.

Apa pun, saya tumpang gembira dengan ujudnya lable tempatan yang membawa sedikit perubahan dalam muzik scene kita disabah.Cuma, lable label yang sedia ada ini, cuba mencari peluang dan mencari cara bagaimana hendak mempromosikan bakat bakat baru ini secara konsisten.Rasanya tidak semestinya mengharapkan media mainstream, kerana zaman ini lebih cenderung pada "MEDIA SOSIAL, LAMAN WEB" dan macam macam lagi.Cara promosi di internet rasanya lebih cepat, dan sesuai (bagi sayalah).

Akan tetapi, bakat bakat baru ini kena juga turun padang dan membuat persembahan di tempat tempat terbuka yang mana boleh di lihat oleh orang awam.secara tak langsung, mereka terdedah kepada crowd yang ada disekeliling sebagai penilai hasil dan kualiti nyanyain mereka.



Dari itu, sama sama lah kita berganding bahu membantu menyokong usaha murni pengiat seni tempatan khususnya di sabah ini.Walaupun kita jauh dari bandaraya kota kinabalu atau jauh dari kawasan yang sentiasa sibuk dengan aktiviti harian, kita tetap dapat di hubungkan dengan rangkaian internet yang tampa sempadan.

Saksikanlah hasil terbaru dari GENERASI STUDIO iaitu klip vedio hari raya dari artis di bawah naungan mereka.Dengan judul lagunya JALINAN SYAWAL.Hasil ciptaan KAMAL & ANA LIANA.

Teruskan menyokong artis artis tempatan, kerana  "Kalau bukan Kita,siapa lagi"

p/s
cuma saya tertanya tanya, adakah penyanyi penyanyi baru ini sudah bersedia menjadi penyanyi? dan bersedia menjadi artis?

BRo Langau

Penulis Blog

Blog Yang Memberitahu Perihal Pemuzik Tempatan Khususnya Di Sabah.Yang Mana Meraka Ini Perlukan Sokongan Dari Anda Semua..