PESTA BUNDLE DI TAWAU

by 10:02 AM 0 comments


SABAH GAMES atau SAGA adalah sukan tahunan di negeri di bawah bayu yang kita cintai ini.Dimana, pada kali ini dalam tahun 2015, TAWAU menjadi tuan rumah.

Selama lebih kurang seminggu para atlet seluruh daerah yang ada di sabah ini akan berkampung di Tawau.pelbagai acara di pertandingkan dan yang pasti emas akan menjadi milik si juara.

Apa yang menarik perhatian pada penganjuran SAGA tahun ini adalah sebuah penganjuran pesta pakaian yang kini hangat dan dapat sambutan di setiap pelusuk negeri iaitu BUNDLE.


Saya difahamkan hampir 50 buah canopy bersaiz 20x20 disediakan untuk pengusaha perniagaan BUNDLE ini.Dan yang paling menariknya, penyertaan peniaga atau seller bundle ini bukan datang dari sabah sahaja.malah ada yang datang dari luar sabah.Seperti yang kita sedia maklum, OTAI BUNDLE kita iaitu BABA SHARIN juga sudah berada di TAWAu dan kini sedang dalam persiapan menyediakan barang pameran untuk pengunjung pesta tersebut.

PESTA BUNDLE ini kini sudah mampu menarik leboh ramai pengunjung serta rasanya ini sudah boleh di jadikan acara tahunan oleh kementerian pelancongan.

Oklah, apa pun kepada seller yang sudah berada di Tawau, teruskan usaha dan menaikkan nama industri pakaian terpakai yang berkualiti & berjenama ini.Jangan pandag serong atau sebaliknya.Debaik baiknya, pada yang tak tahu apa itu bundle dan nilai sehelai pakaian vintage itu, jom datang ke pesta ini dan berkenalan dengan seller seller yang lebih mahir dan ariff tentang nilai sesebuah barangan atau pakaian vintage tersebut.

p/s
malangnya, saya ndak dapat turun tawau ata ada urusan keluarga..:(

BRo Langau

Penulis Blog

Blog Yang Memberitahu Perihal Pemuzik Tempatan Khususnya Di Sabah.Yang Mana Meraka Ini Perlukan Sokongan Dari Anda Semua..