Bazzar Music Fest #3 (March 2015)

by 12:02 PM 0 comments
100 tapak niaga disediakan

Alhamdulilah, syukur atas kelancaran acara Bazzar Music Fest #2 yang lepas.Walaupuan ianya sudah berlansung hampir sebulan lamanya, namun perasaan puas hati tu masih belum sampai ke tahapnya.Disebabkan ada beberapa perkara yang saya dan team lain terlepas pandang.

Ini merupakan penganjuran kali ketiga.Namun, nama BMF ini kami umunkan digunakan sebagai produk tahunan yang menggantikan nama KK BUNDLE FEST.


Seperti yang dijadualkan, acara bermula jam 10 pagi.Namun, keihatan masa tu, ramai peniaga sudah berad di lokasi acara sekitar jam 7 pagi.Almaklumlah, mereka memerlukan masa untuk menyusun barang serta mencari tempat letak kereta.

Sebenarnya, terdapat sedikit masalah yang berlaku semasa acara BMF ini berlangsung.Iaitu pada hari sabtu.Dimana, kami diarahkan oleh pihak pengurusan untuk memindahkan pentas yang sudah di sediakan sejak jam 2am jumaat tu.Siapa sangka, saya di datangi oleh ketua pengawal bangunan serta wakil pengurusan bangunan.Mereka meminta saya membuat dua pilihan sama ada memindahkan pentas ini ke dalam lorong fest atau membatalkan semua acara pentas.Ini berikutan, para peniaga telah membuat aduan yang suasana terlalu bising dan bingit.Di tanbah lagi dengan keadaan crowd di hadapan pentas yang membuat aksi mosh & dive.

Sebenarnya, para peniaga tetap di bangunan tersebut tidak pernah melihat keadaan konsert LIVE STAGE di zaman ini.Mereka menganggap yang band band yang membuat persembahan adalah band yang memainkan muzik muzik di majlis kahwin.

Sebenarnya, masalah ini berpunca dari pihak pengurusan bangunan.kerana mereka tidak membuat MEMO kepada para penyewa bangunan yang hampir dengan lokasi pentas.Padahal, kami sudah memohon tempat serta permit polis telah di luluskan 2 bulan awal sebelum tarikh acara berlangsung.

Mr John (Kokun Studio)

Walaubagaimanapun, kami mengambil langkah positif dan tidak mau memanjangkan perkara ini.Kami akur dengan kemahuan pihak pengurusan bangunan untuk memindahkan pentas & sound sistem di dalam lorong.Proses ini mengambil masa 3 jam lebih untuk selesai.Dimana, pihak penyedia sistem bunyi terpaksa membuat set up semula.

Apa pun, crew crew dari KOKUN STUDIO memang terbaik dan banyak membantu dalam proses pemindahan pentas ini.Ianya memang kerja yang memenatkan.Namun, dapat di selesaikan dalam masa yang terbaik.

Baba Sharin (OTAI Bundle dari KL) & Datuk Taufik (Menteri Belia & Sukan, Sabah)
Siapa sangka, OTAI BUNLe iaitu SHARIN DARUS atau lebih mesra dengan panggilan BABA turut hadir dalam festival kali ini.Saya ingatkan BABA bergurau dengan saya sebelum ini.Dimana, kali pertama, saya bertemu dengan BABA sewaktu majlis pembukaan kedai bundle "KK BUNDLE STORE" di Lido Penampang.Dimana, onwer kedai tu telah menjemput BABA selaku tetamu khas.



BACO BECE BUNDLE menerangkan mengenai barangan VINTAGE yg beliau miliki

Man Sewel (onwer kedai bundle) telah memperkenalkan saya dengan BABA.Dari situlah perkenalan saya bermula.Dimana, saya menjelaskan bahawa saya akan menganjurkan pesta bundle pada bulan Sept ini.Tanpa berpikir panjang, BABA menyatakan dia akan HADIR dan turut berniaga.Fuhhhh, saya macam tak percaya.

Bukan apa, jujur saya katakan saya tak mampu menanggung kos tiket kapal serta penginapan BABA untuk turut memeriahkan BMF #2 tu nanti.BABA menyatakan, dia akan datang sendiri dengan kos sendiri.Serta, dia akan membawa beberapa orang teman seperjuangan dari KL juga.Iaitu WAK JAMILI yang juga seorang peniaga barangan VINTAGE.seangkatan dengan BABA.Saya terharu dan semangat untuk melaksanakan acara BMF ini lebih bersungguh sungguh.



Apa pun, saya nak ucakpan jutaan terima kasih kepada pengaia peniaga bundle, prelove item, clothing brand serta makanan yang sudi menyertai acara BMF #2 ini.Terdapat 100 tapak niaga dan semuanya SOLD OUT.Malah ada beberapa peniaga yang tak sempat masuk berniaga.Insyallah, kami akan tambah lagi bilangan tapak niaga ini di masa akan datang.

Kami juga menerima banyak komen membina serta cadangan dari peniaga peniaga ini melalui kertas Q&A yang kami edarkan.Alhamdulillah, kami akan memperbaiki segala kekurangan serta cuba menambah baik untuk BMF akan datang

Antara crowd yang ada di depan pentas
Mengenai BMF LIVE STAGE pula, saya sendiri seolah tidak percaya dimana kali ini kami mendapat kunjungan dari 5 buah band dari luar Sabah.Iaitu kumpulan SLB (KL), CUPPYCAKES (Kuching), UPTOSIXTEEN (JB), CRAZY GRIZZLY (JB) & SIMPLY SLUMBER (Brunei).


Mereka sudi datang KK untuk mempromosikan ALBUM serta lagu lagu mereka.Siap bawa merch untuk orang orang KK.Bukan itu sahaja, persembahan mereka semua dapat support dari pengunjung yang ada depan stage.Tak sangka, mereka mampu menarik perhatian crowd.siap ada yang naik atas stage lagi. weldone guyzzz, by the way, terima kasih banyak banyak atas kesudiaan pihak anda join event ini.Saya mewakili tenaga kerja onlinefm memohon maaf sekiranya tidak terlayan dan kekurangan semasa anda semua ada di kk.


Akhir sekali, tidak lupa ucapan TERIMA KASIH & TAHNIAH kepada warga kerja onlinefm (Miezam,Paan,Tiff,Cabb,Ash,Keno & Aden) atas kesudia anda semua merialisasikan acara ini.Kalau BMF 1, hanya ada 5 orang crew, kini semakin ramai dan semakin mudah tugasan kita.Semoga anda semua ceria dan enjoy menjadi tenaga sukarela di onlinefm ini.Saya mohon maaf kalau kebajikan anda semausa acara tidak terjaga.

Insyallah, saya akan bekerja keras lagi untuk mencari peluang untuk memperkenalkan ONLINEFM sekitar Sabah.Dan, semestinya,anda adalah pengerak/nadi kepada penganjur yang benrana ONLINEFM.

Tahniah untuk anda semua...

p/s
Isyallah, kita jumpa di Bazzar Music Fest #3 pada bulan Mac 2015.







BRo Langau

Penulis Blog

Blog Yang Memberitahu Perihal Pemuzik Tempatan Khususnya Di Sabah.Yang Mana Meraka Ini Perlukan Sokongan Dari Anda Semua..