Tribute To Nirvana memang HAVOC

by 12:11 AM 0 comments

TRIBUTE TO NIRVANA, itulah gigs yang berlangsung minggu lepas. Gigs ini di kendalikan oleg penganjur yang sudah tidak asing lagi di Kota Kinabalu ini iaitu THE REBEL UNION.Sebuah gerakan juga kumpulan yang sentiasa mencari jalan dan cara untuk mengetengahkan bakat bakat baru dalam live stage secara underground.


Masa inilah kita akan di hidangkan dengan CD DEMO/EP dan adakalanya ALBUM dari band band bawah tanah ini.Yang mana merch merch ini tidak akan dapat di pasaran atau kedai CD di shopping Complex.Setiap CD di jual dengan harga yang berpatutan.Antaranya Rm5, Rm10 dan paling tinggi pun RM30 iaitu sekeping CD & Baju T dari band tersebut.


Kelihatan salah seorang pengujung sedang melihat baju baju T dari band band local ini.Dijual dengan harga yang berpatutan.Dan kebanyakkan rekaan baju T ini memang hebat dan mempunyai mesej yang tersendiri.Pelbagai rekaan serta tona warna akan terlihat sewaktu gigs gigs ini dianjurkan.


Kelihatan beberapa orang pelancong juga berada disekitar lokasi gigs.Secara tak langsung, mereka berkenan untuk membeli kolekso T dari local branding.Kalau anda lihat di dalam gambar di atas, Big Boss "MONDO BORNEO" iaitu brader Anas sedang melayan permintaan dari 2 orang pelanggannya.Wahh, masyukkk bro..:)



Tidak ketinggalan juga, TABUNG PALESTIN , STICKER serta beberapa merch dari AMAN PALASTIN juga tersedia untuk di jadikan barang koleksi peribadi. Wang tersebut akan dimasukkan kedalam tabung derma yang disediakan. Crew Crew yang bertugas juga prihatin serta senentiasa mencari sokongan dari belia di luar sana utk membantu secara tak langsung.


MUNTAH DARAH (kk) adalah antara kumpulan yang menarik perhatian saya.Dimana vox mereka iaitu Shahrul tampil dengan membawa bendera Palestin.Walaupun mereka dikelani dengan antara band GRIND yang hebat, namun isu kekejaman yang berlaku di Palastin tidak pernah di abaikan.Semestinya showmanship dari band ini confirm tidak mengecewakan saya.Cara pemakaian serta atitude di atas pentas antara kunci kejayaan mereka mendapat jemputan sering kali di pentas underground.Muntah Darah memang antara band terbaik..


WRATH OF EDEN (twu) antara band yang datang untuk menghiburkan warga KK yang telah membeli tekit gigs ini.Persembahan yang bertenaga serta showmanship yang mantap membuakan crowd sing along dan membuat moshing yang terkawal.


Eyes Of Full Insect merupakan band yang bukan calang calang hebatnya juga.Ini merupakan kali pertama saya menyaksikan persembahan mereka.Inilah kelebihan band yang mempunyai 2 orang vokalis.Support each others antara kedua dua penyanyi memang hebat dan terbaik.Mereka tidak pernah kenal erti penat atau pancit atas stage.Malah, suppoter mereka semakin HYPE bila mana mereka mula perfom.


Ayin@Goyang72 merupakan line up jemputan untuk Band eyes of full insect.Kalau saya tak silap, Ayin menguasai teknik DUPSTEP serta penggunaan beberapa gadjet elektro yang mengeluarkan bunyi bunyian yang canggih dan mampu membuatkan crowd depan stage semakin moshing.Lagu terakhir dari band Eyes of full inset ft Ayin memang best.Saya lupa apa sudah tajuknya.Tapi, melodinya memang best.Kalau ada CDnya di jual, saya nak beli...

Sebenarnya ramai lagi band yag perfom msa gigs ini. Anda boleh check out melalui link ini Tribute To Nirvana Pic.

Secara kesimpulannya, penganjur telah membuktikan yang scene underground tidak akan pupus atau berkubur.Malah, scene ini akan mula tumbuh bagai cendawan selepas hujan.Bukan sahaja di Kota Kinabalu, malh kelihatan ada beberapa buah daerah di sabah sudah mula aktif dengan aktiviti muzik gigs ini.Kita harus memberikan support dari segi moral dan kata kata semangat di laman media sosial.

Teruskan menyokong band band lokal sabah, kerana...


BRo Langau

Penulis Blog

Blog Yang Memberitahu Perihal Pemuzik Tempatan Khususnya Di Sabah.Yang Mana Meraka Ini Perlukan Sokongan Dari Anda Semua..