Band local mampu jana Rm5000 melalui CALLER RINGTONE

by 5:16 AM 0 comments
Sekadar gambar hiasan

Caller Ringtone merupakan satu lagi cara pemuzik menjual lagu lagu ciptaan mereka dalam bentuk digital.Dengan cara memasukkan code sesebuah lagu yang ingin di beli dan di hantar kepada telco yang menyediakan perkhidmatan tersebut, sudah mampu membantu band band local ini.

Baru baru ini, saya difahamkan oleh seseorang ahli kumpulan dimana beliau dan line up mereka yang lain amat trekejut bila mana dapat panggilan telefon daripada syarikat yang mengururskan penjualan lagu lagu mereka dalam bentuk digital ini. Dimana, dari january hingga awal bulan jun, hasil jualan lagu lagu mereka mencecah RM5000.

Mereka sendiri tidak menyangka yang beberapa lagu single mereka amat laris di beli oleh follower serta peminat mereka yang berada di dalam negeri mahupun di luar negara.Ternyata usaha yang mereka lakukan sudah menampakkan hasil.Kalau ada rezeki, hasil jualan lagu lagu ini boleh mencecah RM15,000 pada hujung tahun ini.

Dari itu, kepada band band local yang ada di luar sana tu, cuba cubalah menggunakan cara pendekatan ini.Siapa tahu kan, lagu anda dimuat naik oleh peminat anda secara diam diam dengan cara pembelian melalui CALLER RINGTONE.

Insyallah, dalam masa terdekat ini saya cuba mencari mana mana syarikat yang berpengkalan di Sabah ini untuk ditanyakan cara cara nak memohon perkhidmatan CRT ini.Bila dah cukup maklumat, saya akan kongsikan pada anda semua, khususnya band band lokal di sabah...

BRo Langau

Penulis Blog

Blog Yang Memberitahu Perihal Pemuzik Tempatan Khususnya Di Sabah.Yang Mana Meraka Ini Perlukan Sokongan Dari Anda Semua..