Keramatz bolot semua yukk...

by 8:35 AM 0 comments

Keramatz, itulah nama kumpulan yang jadi bualan di daerah Kudat beberapa minggu lepas bersempena pertandingan BATTLE OF THE BAND.Kumpulan yang di anggotai oleh jejaka jejaka hebat ini sudah tidak asing lagi di arena pentas BOTB.Rasanya tak salah saya, RIZO adalah ketua kumpulan ini.

Sudah tidak boleh dinafikan lagi, semangat kental di hati mereka untuk mencuba nasib di mana mana pentas battle amat jelas kelihatan. Cakap sahaja dimana ada pentandingan, PASTI mereka akan mencuba nasib.Nama untuk menjadi JUARA memang tidak diharapkan.Kerana, bagi mereka, naik pentas battle hanya untuk melepaskan geram terhadap bidang muzik yang mereka cintai.

Keserasian antara mereka juga memang tidak bleh dipertikaikan lagi.Almaklumlah, semuanya sudah tahu posisi masing masing.Hanya menanti tiupan wisel mula untuk bertanding sahaja.Cuma, pemilihan lagu sahaja yang mungkin menjadi sedikit sukar.Almaklumlah, lain pentas, lain syaratnya kan..:) Tapi, bagi KERAMATz, itu small the matter....


 Tuah ayam nampak di kaki, tuah KERAMATZ, nah kau. SAPU habis tu piala.Siapa sangka, berbekalkan duit yuran, serta modal untuk naik ke Kudat akhirnya terbayar dengan kejayaan yang mereka terima.Rasanya saya tak perlu mentionlah siapa siapa yang dianugerahkan piala pila tu aah.semua dah tahu kan..:)

Bukan semua pemuzik BERANI naik di pentas battle.Kerana, saya sendiri pernah bertanyakan beberapa orang pemain gitar, penyanyi serta pemain drum.Semunya memberitahu, hanya orang orang yang cukup bersedia sahaja yang berani naik di pentas tersebut.Sepatutnya, pada mana mana band yang selalu naik, 1000x tepukan tangan sepatutnya anda perolehi.Bukan senang jon.Kamu memang berani naik di pentas BATTLE.Ingat mudah kah nak tonjolkan bakat dihadapan ribuan penonton dan juri yang lebih mahir dalam pengadilan muzik.

Apa pun, sekali lagi tahniah pada kumpulan KERAMATz atas kejayaan ini. Diharap, bukan sahaja anda malah semua band band diluar sana cuba persiapkan diri anda untuk menyertai mana mana acara/pertandingan muzik yang bakal di anjurkan.

BRo Langau

Penulis Blog

Blog Yang Memberitahu Perihal Pemuzik Tempatan Khususnya Di Sabah.Yang Mana Meraka Ini Perlukan Sokongan Dari Anda Semua..