Indulge Collective Fest memang terbaik

by 10:37 AM 0 comments

Oklah, saya nak cerita sedikit apa yang saya lalui semsa saya menghadirkan diri dalam gigs metal/hardcore utk kali kedua ini seumpamanya.Almaklumlah, saya amat sukar nak tengok gigs atau atten mana mana gigs atas sebab komitment lain dan masa ndak ngam.tapi, kalau ada kesempatan, saya cuba untuk hadir.. :)


Indulge Collective Fest 2014 adalah sebuah gigs yang di kendalikan oleh beberapa oreng pemuzik sekitar Kota Kinabalu. Sejak official flyers di paparkan dilaman sosial, saya sudah dapat agak yang ini merupakan satu lagi SPARK atau pembuka selera kepada peminat muzik LIVE sekitar Sabah khsusnya Kota Kinabalu.Ini kerana, di KK ini, memang sukar dan kurangnya penganjuran indoor gigs mahupun outdoor muzik event.Akan tetapi, dengan keberanian anak anak muda yang bernaung di bawah lable Indulge Collective, maka terhasillah ESCAPIST gigs



Dipendekkan cerita, saya dapat juga hadir di sana 15min sebelum gigs bermula.Kelihatan suasana memang havoc diluar venue.mana tidaknya, terdapat 3 buah kumpulan yang bakal meriliskan EP sekali gus.Ini merupakan satu kelainan dan menjanjikan kepuasan pada pemuzik yang cenderung pada genre Hardcore/Metalcore.

Memang sudah tersedia kepelbagaian EP dan merch dari band band local untuk dijadikan koleksi peribadi.Saya paling suka bila lihat kewujudan lagu dalam bentuk fizikal iaitu CD.Dimana saya dapat membeli dan menjadikannya koleksi.secara tak langsung menjadi peminat pada band band lokal ini.Walaubagaimanapun, saya tengok temngok sahaja dulu CD serta T-Shirt yang di jual dengan harga yang berpatutan.Design design setiap T-shirt juga mantap dan wala wala bimbang juga..:)


Apabila jak saya masuk, perkara pertama yang saya nak tahu adalah "SOUND SISTEM" di sediakan oleh siapa.Bukan apa lah, mereka cakap, kejayaan sesebuah program hiburan itu bergantung kepada sistem bunyi yang disediakan oleh provider.So, tidak sah lagi, brader John dari KOKUN studio yang mengambil alih perkara ini.Pastinya dialah orang yang sentiasa sakit kepala dan stress bila berdiri disebelah mixernya.bukan apa, perkhidmatannya di perlukan oleh penganjur dan dia kena pastikan yang sistem bunyai pada masa itu menjanjikan satu kepuasan pada band yang membuat persembahan serta crowd yang hadir.

Secara a overoll, John dan crewnya memang profesional dalam menangani sebarang maslah yang berlaku semasa gigs.Ini kerana gigs sebegini rupa sudah menjadi perkara biasa bagi mereka.Kerana inilah perniagaan yang mereka jalankan iaitu memberikan perkhidmatan sistem bunya dan peralatan muzik yang TERBAIK.tahniah John & the crew..:)


Saya ambik port paling tepi sebelah kanan stage belakang.rupanya, di hadapan saya adalah bassist & vokalis kumpulan BOIL.Siapa tak kenal dengan BOIL.kumpulan yang berasal dari papar yang sudah ada nama dalam scene muzik khususnya Grunge.Malah, saya salah seorang peminat mereka.Saya tak lepaskan peluang untuk ambik gambar dengan Eric & meow.bukan senang dapat jumpa durang ni weiii...


Haaa, cewek dalam gambar ni plak adalah Ayumi.Vokalis kepada kumpulan Alice Alive.hari ini dia ditugaskan menjadi EMCEE dalam gigs ini.memang sesuai sangat dia jadi emcee.Suasana dalam gigs meriah dan havoc dengan gelagatnya.


Ayumi tidak berkeseorangan, dia ditemani oleh Amir@A.M.E.F atau juga di kenali dengan nama "GANDALF" hehehehe.Saya baru tahu itu gelaran untuk dia.Amir juga merupakan seorang emcee yang kelakar dan sentiasa havoc.Dia membuatkan crowd dan bands sentiasa tak kering gusi dengan gelagat serta wording yang di luahkannya.Apa pun, weldone to both of you guyz.You did a great job..:)


Empire State In Ruin adalah band pertama yang membuka langkah atas stage.kelihatan semangat mereka amat jelas kelihatan di atas pentas.Vokalinya mempunyai suara yang hebat dan showmanshipnya masih nampak control control.Mungkin perasaan malu masih ada, tapi lambat laun ianya akan hilang juga tu :)


30 Evil Second dari sandakan menjadi band kedua naik atas stage.Wahh, kali ini SLAY selaku vokalinya memang pandai menarik perhatian crowd.Corak persembahan nya membuatkan crowd seakan akan ingin naik keatas stage dan sing along bersama band tersebut.Showmanship yang di tunjukkan oleh band ini memang terbaik.


Versatile adalah band ketiga yang mengambil pentas.Mereka pun baru sahaja meriliskan SINGLE pertama dalam beberapa minggu lepas.Dan ada di jual semasa gigs ini.Dan lagu single tersebut antara lagu pertama yang di persembahkan oleh band ini kepada crowd yang ada di hadapan mereka.


A Million Evil Faces sememangnya natara band yang menjanjikan persembahan mantap.Mereka telah memberikan satu persembahan yang hebat dan membuatkan crowd membuat moshpit.Akan tetapi, kelihatan vokalisnya tidak berapda sihat.Katanya dia mengalami kekejangan otot perut dan memyebabkan dia tidak dapat memberikan 100% suara yang bertenaga,Ini amat jelas dengan keadaannya yang serba tak kena atas stage.Tetapi, its ok bro.A.M.E.F memang antara band tyang terbaik dan hebat


Dita Darcia pulak mengambil tempat selepas A.M.E.F.Haaa, siapa tak kenal dengan vokalisnya yang happy go lucky ini kan.Siapa lagi kalau bukan Lutther a.k.a "Mr Frodo".Sememangnya lutter adalah seorang yang hapenning dan frendly.Dita Darcia meriliskan EP pada hari ini.Semestinya Lutter dan line upnya yang lain telah memberikan satu persmebahan yang amat bertenaga.Hinggakan ada yang boleh menari bila muzik yang mereka bawa amat catchy.itulah dia Dita Darcia...:)


Prime Fokus, inilah sebab utama kenapa saya ingin sangat hadir dalam gigs ini.satu satunya kumpulan yang lain dari yang lain.Muzik yang mereka reka dan corak persembahan dari kesemua mereka memang lain dari yang lain.Ini di akui oleh mana mana band yang senagkatan dengan mereka.Apa pun, Prime Fokus juga antara band yang mengriliskan EP mereka pada hari tersebut.Insyallah, suatu hari nanti, mereka akan saya invite untuk perfom dalam event onlinefm.

Selepas Prime fokus, sebuah band lama iaitu OUTFALL pula mengambil alih pentas.malangnya saya tak sempat mengambil gambar mereka kerana sedang mencari CD untuk di jadikan koleksi peribadi.Nasib baik duit ngam ngam ada..:)


28 Days Later adalah band terakhir yang membuat persembahan dalam gigs ini.band ini berasal dari daerah Tawau.Sememangnya band ini juga sudah dikenali ramai dan mempunyai follower mereka sendiri.mereka juga telah meriliskan EP mereka pada hari tersebut.Alhamdulillah, saya dapat mendapatkan EP mereka.


Inilah hasil yang saya perolehi semasa menghadiri gigs tersebut.4 buah CD dari band band local Sabah.Secara keseluruhan mereka semua ini amat berbakat besar dalam penghasilan muzik yang mereka minati.Cuma, atas pemikiran segelintir pihak sahaja yang membuatkan mereka mereka ini terbatas untuk mempersembahkan bakat yang mereka ada.

Setakat ini, dengan cara menganjurkan gigs semacam ini sahajalah yang dapat membuatkan mereka enjoy dan dapat menghabiskan masa hujung minggu dengan sahabat serta follower mereka.Apa pun saya nak ucapkan TAHNIAH dan terima ksih kepada penganjur serta band band yang hadir membuat persembahan.Sememangnya, anda semua menag terbaik dan perlukan pendedahan lebih dari ini.Insyallah, kita cuba buat sesuatu dengan kemampuan yang ada.

jangan sesekali kita menggalah pada kekurangan yang dihadapi.Kerana dengan semangat serta keyakinan diri yang teguh, anda mampu mengubahnya.bak kata member tu...

"kalau bukan kita,siapa lagi"...

BRo Langau

Penulis Blog

Blog Yang Memberitahu Perihal Pemuzik Tempatan Khususnya Di Sabah.Yang Mana Meraka Ini Perlukan Sokongan Dari Anda Semua..