Drummer CRESIA timba pengalaman di Semenanjung

by 6:41 AM 0 comments

Mungkin ada juga yang sudah tahu mengenai pemain drum kumpulan CRESIA ini.Dimana DATU sudah berada di Semenanjung Malaysia untuk menimba pengalaman dalam bermain muzik khususnya bermain drum.

Mulanya saya heran juga bila lihat gambar diatas.MAu kemana si Datu ni aah? Tapi,ndak apa lah.Saya rilek jak la.Pok pok ada member share whats going on.But,untul last month (rockafella band battle 2013), saya terserempak dengan ayahanda si Datu di lokasi acara.

Cerita punya cerita, dia lah yang kasi tau yang anak lelakinya ini sudah berada di sjung atas meneruskan perjuangannya dalam muzik.Rupanya datu telah mendapat tawaran untuk bermain muzik disebuah club.Cuma, saya terlupa apa nama club tersebut dan lokasinya.Sebab info ni sudah lama,dan saya tidak write up di blog.Its my mistake.But its ok, saya try refresh my memory..:)



Ceritanya macam ni, Datu telah mendapat offer untuk menjadi pemain drum sessionist di sebuah club.Dan pada masa yang sama, club tersebut adalah port pemuzik pemuzik OTAI sekitar semenanjung.Datu tak peduli,yang penting dia kasi all out apa yang dia ada.Sebab dalam hatinya,dia membawa nama drummer cresia yang berasal dari Sabah.

Dalam diam,Datu telah diperhatikan oleh seorang pemuzik OTAI.Dia terpegun melihat cara datu memukul drum dan showmanship yang dipersembahkan.Dan apa yang membuatkan OTAI tersebut lagi terkelu bila mana datu mampu memukul drum lagu lagu klasik rock 80an & 90an.Nahhhhhh, lagi lah shock otai tu.Terus dia panggil si datu untuk mengenali siapakah pemain drum ini.Alhamdulillah, sejak dari itu, Datu sudah mempunyai peminat dan suppoter yang terdiri dari pemuzik pemuzik OTAI yang mana sering menawarkan dau untuk jamm bersama sama mereka.



Menurut ayahanda Datu, tak sangka bayaran yang diterima untuk bermain muzik disana amat lumayan hingga datu membuat keputusan untuk meneruskan menimba pengalamannya di sana.Itulah kalau kita lihat, datu hanya ada di KK bila kumpulan creasia perfom.Kalau cresia tiada show, datu akan berada di Sjung.

Inilah yang dikatakan rezeki di tempat orang.Cuma, itu sahaja lah.Datu terpaksa bekorban masa dimana terpaksa berjauhan dari keluarga dan cewek..:P. Demi memenuhi minat dan misinya menjadi pemain drum yang berkualiti di arena muzik.

Apa pun,tahniah kepada Datu atas kejayaan ini.Secara tidak langsung, dia membawa nama kumpulannya iaitu Cresia yang berasal dari Sabah.Juga peluang yang diperolehinya amat bermakna sekali buat dirinya yang mana sukar di perolehi oleh mana mana pemuzik di luar sana.

Teruskan perjuangan mu Datu...:)

BRo Langau

Penulis Blog

Blog Yang Memberitahu Perihal Pemuzik Tempatan Khususnya Di Sabah.Yang Mana Meraka Ini Perlukan Sokongan Dari Anda Semua..