Angan angan 3 tahun lalu

by 9:23 AM 0 comments

Sebenarnya perkara ini hanya angan angan saya sejak 3 tahun lalu.Bila mana saya berniat untuk menjemput kumpulan lagenda Sabah iaitu Atomic Power.Tapi, tidak berai nak jumpa mereka apatahlagi nak sediakan budjet untuk panggil mereka LIVE di KK.Confirm,ianya satu perkara yang mustahil.Siapa saya nak invite durang...

Nama mereka sudah tidak asing lagi di bibir pemuzik OTAI.Cakap sahaja, Atomic Power, pasti mereka akan ingat lagu Cinta Benar Cinta & Bertunang.Almaklumlah, ditubuhkan sejak tahun 1978.Sama tahun dengan kelahiran saya.Dan ditubuhkan di kampung halaman saya juga iaitu Sandakan.

Kebetulan pada 31 Ogos & 1 September akan datang, ONLINEFM akan menganjurkan satu program besar iaitu KK Bundle Fest ft Big Jamm 2013.Dimana event ini mempunyai banyak acara dalam 1 event.Antaranya jualan pakaian bundle dan konsert 15 buah band.

Bulan lepas, saya berkesempatan untuk bersua dengan beberapa ahli kumpulan Atomic Power.Siapa tak nerves bila jumpa mereka kan.Ibarat duduk semeja dengan kumpulan search, wings dan lefhanded bah tu.Cuma, yalah atas faktor medium dan kumpulan ini hanya aktif di daerah Sandakan sahaja.Ditambah lagi dengan berita yang kita sedia maklum iaitu founder kumpulan ini telah meninggal dunia pada tahun lepas.Mungkin, mereka ingin berehat sekejap.



Tetapi, bila mana ada majlis kahwin atau live band show, mereka pasti akan kelihatan di pentas.Cuma, memang terasa sedikit bila posisi pemain gitar utama & vox sudah lain.Kemerduan suara arwah dan teknik bermain gitarnya memang sukar di cari ganti.Akan tetapi, kumpulan Atomic Power menggunakan penyanyi sessionist iaitu DIDIE.Vokalis kumpulan Albab Band.

So, bila mana saya membentangkan paperwork yang terteramain act "Atomic Power", rasa happy dan ceria kelihatan di muka abang bong yang sekarang ini memikul tanggungjawab sebagai ketua bagi kumpulan Atomic Power.Dia berkata "kenapa pilih Atomic Power bro?"...

Saya dengan confidenya menjawab, saya nak tampilkan sebuah band yang harus di contohi oleh band band indie yang tumbuh bagai cendawan sekarang ini.Saya nak mereka mencontohi komitmen serta kesungguhan kumpulan Atomic Power yang masih GAH di persana muzik Sabah.Walau pun sudah mencecah usia 35 tahun, dan barisan line up juga sudah baru.Difahamkan line up yang ada sekarang ini adalah genari yang ke3.

Alhamdulillah, abang bong telah bersetuju untuk untuk membawa kumpulannya iaitu Atomic Power untuk naik ke KK pada 1 September 2013 akan datang.Mereka akan sampai di KK pada tanggal 31 ogos,sebelah petang.Insyallah, sama sama kita doakan keselamatan kesemua ahli kumpulan ini agar selamat sampai ke Kota Kinabalu dan menghiburkan peminat peminat mereka yang pastinya rindu akan lagu lagu nostalgia mereka.



Untuk pengetahuan anda, kali terakhir Atomic Power membuat konsert di KK adalah pada tahun 2000 di Padang Merdeka.Kalau tidak silap, sempena sambutan Hari Kemerdekaan.Kini tahun 2013 akan menjadi saksi dimana kehebatan Atomic Power masih lagi berbisa dan pastinya peminat peminat mereka tidak sabar sabar untuk menyaksikan mereka beraksi di pentas BIG JAMM 2013.

OnlineFM, selaku penganjur sedang giat mempomosikan acara ini di sekitar KK.Tidak dilupakan juga di beberapa daerah.Antaranya Keningau, Sandakan, Tawau serta Ranau.Ini untuk memberitahu kepada peminat peminat mereka yang ATOMIC POWER akan membuat konsert di KK.

Insyallah, kami di pihak penganjur sedang bertungkus lumus untuk mencari DANA/SPONSER untuk membiayai kos perjalanan mereka dari Sandakan ke Kota Kinabalu.Sekiranya tidak ada pihak yang tampil untuk menghulurkan bantuan, kami akan menggunakan kemampuan yang ada.


p/s
Mohon bantuan ANDA (pembaca artikel ini) untuk menghebahkan dengan sesiapa sahaja yang kenal Atomic Power untuk hadirkan diri sewaktu konsert mereka di KK pada 1 september akan datang.

BRo Langau

Penulis Blog

Blog Yang Memberitahu Perihal Pemuzik Tempatan Khususnya Di Sabah.Yang Mana Meraka Ini Perlukan Sokongan Dari Anda Semua..