Turn Up The Volume #3

by 10:46 AM 0 comments

Fuhh, lama jugak saya tak update blog ni kan.ternyata memang BZ dengan beberapa perkara yang melibatkan onlinefm dan sebagainya.so, kebetulan hari ni ada free time ,let me open a new story pasal apa yang berlaku di KK baru baru ini.

Seperti dalam gambar yang anda lihat diatas, The Rebel Union telah tampil dengan kesimabnungan acara tahunan mereka iaitu TURN UP THE VOLUME untuk tahun ketiga pada 4 Mei 2013 lepas.Sehari sebelum my birthday woo..:)

Saya ada hadirkan diri di vanue tersebut iaitu Roof Top Star City seawal jam 11pagi.Terkejut jugak la,bila lihat dalam flyers gigs mula jam 11pagi,tapi satu orang pun belum ada.Yang kelihatan hanyalah beberapa petugas sound sistem yang baru mula membuat persiapan pentas.


Kelewatan sebegini adalah asam garam dan lumrah dalam mana mana gigs yang dianjurkan.Kebiasaannya ianya akan lewat sekitar sejam dua.Ini kerana ingin memastikan segala kelengkapan backline & p.a sistem berada dalam keadaan yang memuaskan band yang bakal membuat persembahan.

TUTV #3 kali ini mendapat support dari beberapa pihak.Antaranya pengusaha makanan barat dan juga berger.Satu kelainan yang ditampilkan oleh The Rebel Union kan..:)


Kali ini, pihak penganjur telah menjemput beberapa band luar KK.Antaranya adalah kumpulan S.O.G.Yang mana band ini sudah memiliki fans yang tak kurang ramainya sekitar KK ini.Saya sempat juga bersembang dengan salah seorang dengan mereka sewaktu mereka selesai membuat sound check.

Oleh kerana masa yang saya ada tak banyak,saya terpaksa berundur dari lokasi gigs seawal jam 3 petang atas sebab yang tak dapat dielakkan.Walaubagaimanapun, sememangnua gigs ini meninggalkan kenangan yang hapenning bagi yang membeli tiket dan have fun dengan band band yang membuat persembahan.

Untuk melihat koleksi gambar gambar sewaktu gigs, sila kunjungi LINK INI yang mana mereka adalah official photographer bagi gigs TUTV sejak bahagian pertama lagi.Sememangnua Revolution On Motion adalah pakar dalam ambik gambar acara gigs.

Insyallah, tahun hadapan Turn Up The Volume #4 akan menanti dan pastinya menjanjikan suatu yang lebih power dari sebelum ini.teruskan memberi support kepada band band local yang kita miliki di Malaysia ini.

BRo Langau

Penulis Blog

Blog Yang Memberitahu Perihal Pemuzik Tempatan Khususnya Di Sabah.Yang Mana Meraka Ini Perlukan Sokongan Dari Anda Semua..