Rock - A - Fella di tunda ke bulan Jun 2013

by 11:22 AM 0 comments

Tahun lepas merupakan tahun percubaan pihak penganjur iaitu R.E Entertainment dalam penganjuran battle of the band.Tak disangka,penglibatan hampir 30 buah band telah membuktikan bahawa masih peka lagi warga muda mudi sekarang ini dengan LIVE BAND di atas pentas ini.

Beberapa minggu lepas, pihak penganjur telah mengeluarkan kenyataan bahawa Rockafella Band Battle telah sampai waktunya untuk tahun kedua iaitu 25 Mei 2013 akan datang.Akan tetapi, setelah mendapat respon dari pihak penaja tempat iaitu Komplex Karamunsing, acara ini telah di tunda ke satu tarikh yang membuatkan para peserta tersenyum lebar iaitu 8-9 Jun 2013.iaitu 3 minggu dari sekarang.

Ini bermakna,masa untuk latihan dan pemilihan lagu masih panjang dan banyak.Dan proses pendaftaran telah dilanjutkan hingga hujung bulan ini..Dari itu, pada yang ingin mencuba nasib di atas pentas battle,inilah masanya.

lagi pun, kali ini hadiah yang ditawarkan lebih tinggi berbanding tahun lepas dimana Juaranya bakal membawa pulang Rm2000 ringgit.Woooo,banyak tu bro..:)

untuk makluman anda, berikut adalah maklumat yang anda perlu ketahui sebelum naik di pentas Rock - A - Fella Band Battle...


SYARAT-SYARAT PENYERTAAN “ROCK-A-FELLA BAND BATTLE 2013”


  1.  Cabaran pertandingan ini terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia dan berumur daripada 17 hingga 45 tahun.
  2. Setiap penyertaan hendaklah tidak kurang daripada 4 orang anggota tetapi tidak melebihi daripada 6 orang anggota
  3. Nama anggota kumpulan hendaklah dinyatakan dengan jelas semasa penyerahan borang penyertaan.
  4. Yuran penyertaan RM150.00. Tarikh tutup penerimaan borang dan bayaran yuran ialah pada 31 Mei 2013. Bayaran tunai atau bank-in yuran pembayaran ke:
  5. ROZZA ENTERTAINMENT, Account No: 210-201-200651-2 (AmBank)
  6. Hanya borang yang disertakan dengan pembayaran RM150.00 dan disertakan resit/slip bank-in (sebagai BUKTI pembayaran yuran) yang layak bertanding. 
  7. Setiap kumpulan tanpa prejudis, hendaklah menyediakan peralatan muzik mereka sendiri, kecuali drum (disediakan).
  8. Setiap kumpulan yang bertanding DIMESTIKAN menampilkan imej yang bersih, sesuai dan sopan.
  9. Setiap kumpulan hanya diberikan masa selama lima (5) minit untuk membuat sebuah persembahan semasa saringan, manakala 10 peserta kumpulan yang terpilih ke GRAND FINAL akan membuat persembahan satu (1) buah lagu atau medley dan tidak melebihi tujuh (7) minit persembahan.
  10. Setiap kumpulan dibenarkan memilih semua konsep/genre lagu. Lagu Heavy Metal, Trash, Hard Rock dan lagu yang berunsurkan keagamaan dan politik ADALAH DILARANG SAMA SEKALI!!
  11. Pihak penganjur berhak menyingkir mana-mana individu yang melanggar syarat-syarat dan peraturan yang ditetapkan atau menimbulkan sebarang kekacauan (semasa saringan atau pertandingan dijalankan) sehingga menggangu perjalanan Rock-A-Fella Band Battle berjalan.
  12. Persembahan akan diadili oleh Juri-Juri profesional dan keputusan Juri adalah muktamad. Sebarang bantahan tidak akan dilayan.
  13. Pihak penganjur TIDAK AKAN MENANGGUNG sebarang bentuk perbelanjaan peserta dan kerosakan alat muzik semasa mengikuti pertandingan ini. 
  14.  Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang kemalangan yang dihadapi oleh peserta sebelum dan selepas pertandingan ini.
  15. PESERTA MESTILAH BEBAS DARIPADA PENGARUH ALKOHOL DAN DADAH!
  16. Untuk pertanyaan lanjut & penyerahan borang, hubungi urusetia penganjur seperti berikut:-
  17. Emel: rozza.entertainment@yahoo.com, atau  Ben H/P: 0138878289


[HADIAH UTAMA]
• Johan
Wang Tunai RM2,000 + Sijil + Piala

• Naib Johan
Wang Tunai RM1500.00 + Sijil + Piala

• Ketiga
Wang Tunai RM1000 + Sijil + Piala

• 7 Hadiah Saguhati 


[ANUGERAH KHAS TERBAIK]

•Gitaris Terbaik
•Drummer Terbaik
•Vokalis Terbaik
•Bassist Terbaik
•Keyboardist Terbai 


BRo Langau

Penulis Blog

Blog Yang Memberitahu Perihal Pemuzik Tempatan Khususnya Di Sabah.Yang Mana Meraka Ini Perlukan Sokongan Dari Anda Semua..