Puteri Jesselton Ozie

by 11:16 AM 0 comments

The Retrock adalah sebuah nama yang tidak asing lagi di sekitar Sabah terutamanya di Kota Kinabalu.genre rock & roll yang mereka dendangkan sudah pasti akan membuatkan lutut anda bergoyang seolah olah mendapat tarikan graviti.Lama juga mereka ini hilang dalam scence.Kalau ditanya,jawapan yang akan diditerima adalah "komitmen keluarga".Hahahahaha...standart lah.

Tetapi,jawapan itu adalah benar belaka.Dimana sepertimana yang kita tahu,pemain gitar mereka iaitu wan kini telah bergelar seorang ayah dan juga terpaksa ulang alik kesemporna disebabkan permaisuri hidupnya bertugas di sana.

Manakala pemain bass mereka iaitu Oyoe pulak baru sahaja berubah status dari bujang kepada suami orang.Dan yang paling menyedihkan lagi dimana oyoe kini menetap di semenanjung dan bertugas disana.now,penampilan oyoe dah smart macam seorang peramugara atau pegawai bank wooo.Rambut pun dah tak panjang lagi wooo...:P

Hanya dua beradik ini sahaja yang selalu kelihatan di Kota Kinabalu dan masih berstatus bujang.Drummer mereka tu mungkin kita famahlah,sebab dibangku sekolah lagi.tapi,vox mereka tu,si Ozie.bilakah agaknya akan menururi jejak langkah Wan & Oyoe.adakah dia dah ada Puteri Jesseltonnya?jeng3x....


baiklah,mungkin dikalangan member terdekat Retrock sudah maklum akan kelahiran 2nd baby mereka iaitu Nada Sukma ini.tetapi,pada yang tak tahu,try to read this info...

Nada Sukma adalah single yang mereka lahirkan dalam awal tahun 2013 ini.Setelah saya mendengarkan lagu ini lebih dari 5 kali,saya dapati single kali ini amat jauh berbeza dari retrock lurve mahupun berdiri.Ternyata mereka memang berani dan orang cakap sign matilah.Sebab satu percubaan yang diluar jangkaan.

Menurut Ozie,kali ini mereka cuba menghasilkan sesuatu yang 100% idea dan kerja tangan mereka sendiri.Dimana Mixing & mastering bagi lagi ini dihasilkan oleh mereka sendiri.Dimana?haaa,saya tak pasti plak lokasi mereka membuat projek mixing & masteringnya.Akan tetatpi,mereka dah buat study sejak last year lagi.So,mereka dapati single ini akan menjadi satu single percubaan yang mana mereka iaitu The retrock amat mengharap respon dari peminat serta pengkritik muzik diluar sana.

cakap panjang pun susah juga,nanti ada orang yang lablekan saya ni memandai mandai.Dahlah tak tahu pasal muzik,nak cerita panjang pasal lagu plak.Bagus anda dengarkan sendiri lagu ini.Saya sertakan link youtubenya dibawah ini.




Apa pun, TAHNIAH kepada The Retrock akan single ini.Semoga anda akan terus maju lagu kehadapan dan akan menghasilkan sesuatu yang fresh dan RARE.

p/s
Suara reporter tu yang paling saya suka bro..:)

BRo Langau

Penulis Blog

Blog Yang Memberitahu Perihal Pemuzik Tempatan Khususnya Di Sabah.Yang Mana Meraka Ini Perlukan Sokongan Dari Anda Semua..