Mereka memang berani

by 3:10 PM 0 comments

ROCASIA adalah sebuah nama baru dalam muzik scene di Sabah khusunya di Kota Kinabalu.Terdiri dari saudara sendiri iaitu adik beradik yang berasal dari Kg Pengalat Besar Papar telah tampil dengan konsep Rock.

Kumpulan ini memang aku salute lah. Mana tidaknya mereka berhempas pulas dari A to Z untuk membuktikan yang muzik mereka juga mampu diterima oleh masyarakat sekarang ini.Yang saya maksudkan adalah sejak saya kenali band ini, saya lihat mereka berusaha gigih menyiapkan HOME STUDIO dan belajar membuat proses rakaman lagu.

Yalah, memang proses pembelajaran ini bukannya singkat.Ianya memakan masa yang lama.Tapi, sekiranya dah minat, tak tidur pun sanggup bersengkang mata dihadapan komputer untuk mempelajari sesebuah perisian komputer.

Bermula dengan membeli alat kelengkapan bermain muzik seperti gitar Amp, drum set, serta Mic yang sesuai hinggalah mencari SIFOO dalam proses rakaman.Kesemua ii saya lihat sejak beberapa bulan ini.Mereka ini memang serius dan dedikasi terhadap apa yang mereka perjuangkan iaitu bidang muzik.


Akhirnya ROCASIA menyahut cabaran untuk tampil buat kali pertamanya dalam program AKUSTIK @ Beach beberapa bulan yang lepas.Ini merupakan penampilan pertama mereka dan ternyata sambutan dari orang ramai memang diluar jangkan.Vox mereka iaitu AMY memang pandai tarik crowd.Satu bakat yang sukar nak dilihat pada band baru.



Masa tu mereka membawakan lagu lagu ciptaan sendiri dan salah satu lagunya adaah single mereka yang berjudul MENCARI BAYANGMU.Lagu tersebut telahpun di muatkan dalam Percubaan mereka menghasilkan CD rakaman untuk tatapan sahabat serta stesen radio yang sudi memutarkan lagu lagu mereka.

Seperti yang anda lihat dalam gambar di atas, CD pertama yang mereka keluarkan dengan hasil usaha mereka sendiri.Dari proses penulisan lagu hinggalah proses rakaman ianya telah membuahkan hasil yang belum diketahui lagi dapat diterima atau tidak.Apa yang pasti,mereka berani mencuba yang tak pasti akan kejayaannya.Bak kata pepatan,belum cuba belum tau.Sudah cuba baru tau...


BRo Langau

Penulis Blog

Blog Yang Memberitahu Perihal Pemuzik Tempatan Khususnya Di Sabah.Yang Mana Meraka Ini Perlukan Sokongan Dari Anda Semua..