Bekas Komando menakluki daerah Pitas?

by 4:16 PM 0 comments

Hishhh, kes di Lahad Datu belum selesai dah ada kes baru di Pitas pulak?Rilexxxx bah, sebenarnya tajuk tu jak yang bikin kabak kabak jantung kita dengar.sekali bahannya pasal muzik pula..:)

Sebenarnya bekax komando yang saya maksudkan tu adalah kumpulan yang berasal dari Sepanggar iaitu X Commando.Mereka telah dinobatkan sebagai juara dalam pertandingan "Battle Of The Band" sempena sambutan Tahun Baru Cina di daerah tersebut.Kalau tak silap, sambutan ini adalah acara tahunan yang di selenggarakan oleh pihak penganjur untuk santapan warga Pitas.

Dengar khabar dimana pertandingan ini tidak dikenakan sebarang yuran penyertaan.Tapi saya tak pasti akan khabar inilah.Tetapi,hadiah yang ditawarkan boleh tahan juga dimana juaranya membawa pulang wang tunai serta sebuah piala.


Mulanya saya sendiri rasa pelik juga sebab battle kali ini tidak ada sebarang flyers yang dilihat terpampang di laman FB.Menurut beberapa orang sahabat, info pertandingan ini hanya disampaikan melalui mulut sahaja.saya sendiri tidak pasti apa sebabnya tidak ada flyers.Hanya pihak penganjur sahaja yang mengetahui jawapan bagi soalan ini.Jadi,kepada band band yang tak tahu akan battle ini, tidak apa.Mungkin bukan rezeki kamu untuk join battle kali ni.Rilekxxx kamu jonn...:)



Bukan setakat menjadi juara,malah title penyanyi terbaik juga telah di rangkul oleh vokalis kumpulan ini iaitu Tabp.Wahhh, boleh tahan ko tabp.ni mesti ko buat tarian OPPA atas stage kan :P


Uiyooo, bukan setakat penyanyi malah pemain drum terbaik juga menjadi milik kumpulan X Commando iaitu DATU.Wahh, ni mesti gara gara durang baru lepas main singa sama si yui ni.yalah, masih masing ada ikaut kepala kaler merah kan..:) Tahniah lah DATU.ternyata beberapa battle sudah yang berlangsung,kejuaraan pemain drum terbaik telah awak pegang.Cayalah...




Sebenarnya yang saya tahu, ada 2 band dari Kota Kinabalu yang menyertai battle ini.Dimana selain X Commando, Kapak The Geng juga turut serta.Dengar khabar mereka telah mendapat tempat ke3 dan juga pemain gitar mereka telah merangkul pemain gitar terbaik.memang durang ni terrer lah.tahnuah bro..:)



Kepada kumpulan X Commando, saya nak ucapkan TAHNIAH atas kemenangan ini.Teruskan usaha anda untuk memperkenalkan siapa X COMMANDO disekitar Sabah.rasanya tahun 2013 adalah tahun untuk X Commando memperlihatkan taring serta mutu persembahan di atas pentas battle.

Dengar khabar angin ,pada bulan April ini ada sebuah battle lagi akan dianjurkan.Tapi, maklumat mengenainya masih samar.Sekiranya saya tahu,jangan susah,tetap akan di hidangkan juga tu untuk santapan band band di Sabah...:)

BRo Langau

Penulis Blog

Blog Yang Memberitahu Perihal Pemuzik Tempatan Khususnya Di Sabah.Yang Mana Meraka Ini Perlukan Sokongan Dari Anda Semua..