Mereka pertaruhkan lagu ciptaan sendiri

by 10:26 PM 0 comments
The LightNite

Fuhh,ingatkan mereka main main.Rupa rupanya mereka bercakap benar.The LightNite merupakan muka baru dalam muzik scene di Kota Kinabalu ni.Seingat saya mereka kali pertama muncul di khalayak ramai pada program Akustika Merdeka Raya tahun lepas.

Dipendekkan cerita,saya sempat hadirkan diri sebentar tadi di PartyPlay yang terletak di Lintas Plaza, Kota Kinabalu.Dimana mereka iaitu The LightNite merupakan peserta ke 3 yang membuat persembahan pada malam saringan pertama ini.

Mereka tampil dengan 3 orang ahli kumpulan sahaja.Ini disebabkan syarat yang ditetapkan oleh pihak penganjur.Walaubagaimanapun mereka tampil dengan perasaan yang nerves dan excited.Ini terbukti di raut wajah setiap ahli kumpulan ini.Paling ketara brader yang hujung sebelah kiri gambar di atas ni.Sejak mula persembahan hingga selesai,dia asyik tunduk saja.

Memanglah,dah namanya lelaki yang jarang jarang buat persembahan depan orang ramai.Ditambah lagi dengan juri yang betul betul dihadapan mereka.Makinlah nevesnya membara.Silap silap,dup dap dup dap jantung brader kita tu.hahahahha



Penyertaan kali ini amat berbeza dari persembahan mereka sebelum ini.Dimana mereka tampil dengan membawakan lagu ciptaan sendiri.Bukan satu,tetapi 2 buah lagu yang mana sebuah lagu dalam bahasa inggeris dan satu lagi dalam bahasa melayu.

Part yang paling saya suka adalah dimana masa juri membuat komen.Dimana mereka sangat bangga dan memberikan kata kata semangat kepada band The LightNite ini.Kerana mereka membawakan lagu lagi hasil karya mereka sendiri.Wahhh, kalau ada rezeki,sure band ini boleh masuk semi final.Insyallah...

Ramai juga pengunjung yang hadir menyaksikan persembahan dari member member mereka sendiri.Siap bagi full support dari segi sorakan dan juga jeritan nama nama peserta ketika mereka naik pentas.Inilah yang seharusnya diterapkan oleh masyarakat sekeliling.

Diharap penganjuran sebegini rupa akan sentiasa diadakan untuk mencungkil bakat bakat baru yang rata rata dimonopoli oleh belia belia lingkungan umur 15 tahun keatas...:)



BRo Langau

Penulis Blog

Blog Yang Memberitahu Perihal Pemuzik Tempatan Khususnya Di Sabah.Yang Mana Meraka Ini Perlukan Sokongan Dari Anda Semua..