Harapan pemuzik Keningau semakin cerah

by 3:04 PM 0 comments

Keningau merupakan sebuah daerah yang boleh dikatakan ramai juga penduduknya yang terdiri dari berbilang suku kaum dan bangsa.Ada yang local (sabahan),dan ada juga yang international (pendatang).Tapi,tak kisahlah sebab saya bukan nak bagi info pasal penduduk disana..:)

Kalau anda lihat gambar di atas tu,nampak mcm sebuah logo biasa jak kan.Tetapi,logo itu adalah HARAPAn kepada pemuzik pemuzik di keningau sekarang ini.Logo tersebut adalah milik sebuah stdio rakaman yang terletak di daerah Keningau.Kalau secara tepatnya,saya kurang pasti.tetapi kalau nak tahu pemilik studio itu,saya yakin dimana tauke merangkap sound engineer bagi studio tersebut adalah Mohd Al Fatih atau naga glamornya UYU.


Uyu adalah orang yang bertanggungjawab melahirkan beberapa buah hasil karya yang boleh dibanggakan.siapa kata,orang orang jauh dipedalaman serba kekurangan.Itu pepatah sebelum tahun 2000 lah bro,now its a new era with full of software.perghh,speking plak saya .....:P

Kalau anda lihat FB brader ni,dia juga merupakan seorang pemuzik dan juga merupakan salah seorang ahliu kumpulan yang sangat femos dengan lagu 28 Minit.Sudah pasti anda tahu akan lagu tu kan.Nahh,dialah ni orangnya.Ahli kumpulan Nokuro 29.Saya antara salah seorang peminat kepada lagu tersebut.Saya boleh anggap lagu tu adalah lagu pencetus idea kepada lagu lagu baru dimana dalam lagu tu,penggunaan 3 bahasa diselitkan oleh band Nokuro 29 ini.Siap ada suara sumandak lagi kan..


Haa,tu dia gambar UYU (ditengah) ketika zaman mudanya.hehehe,jangan mare ya bro.Baiklah,berbalik kita kepada story studio milik UYU ini.Studio ini merupakan hasil usahanya sendiri dengan bantuan member member rapatnya.Memang benar,saya belum lagi menjejakkan kaki ke studio ini.Tapi,insyallah,dalam masa terdekat ini saya PASTI akan masuk dan mendapatkan infomasi lanjut.

Siapa sangka,studio yang serba kekurangan dari segi peralatan canggih, kemudahan yang selesa seperti studio rakaman di bandar telah melahirkan beberapa buah artis rakaman.Itulah,bak kata pepatah HENDAK SERIBU DAYA,TAK NAK SERIBU DALIH.Antara artis yang telah dilahirkan dari studio ini adalah kumpulan Buzzing Joker.Yanag mana juga anak jati kelahiran daerah keningau.EP mereka sedang dalam proses promosi disekitar Keningau.Dan telah berjaya memasuki carta lagu di stesen radio KeningauFM

Inilah,yang kita harapkan dengan adanya studio rakaman seperti ini dapat memberikan semangat dan harapan kepada belia belia disekitarnya untuk bekarya dan boleh dikongsikan kepada peminat mereka melalui CD AUDIO.Diharapkan UYU akan teruskan usaha mncari bakat bakat baru terutamanya belia belia dikeningau untuk menghasilkan lagu lagu yang mantap.

Pada yang tak pernah dengar lagu 28 minit,meh kita check it out youtube kat bawah ni...


BRo Langau

Penulis Blog

Blog Yang Memberitahu Perihal Pemuzik Tempatan Khususnya Di Sabah.Yang Mana Meraka Ini Perlukan Sokongan Dari Anda Semua..