1st EP dari Buzzing Joker

by 3:53 PM 0 comments

Band ini memang low profile dimana saya pertama kali bersua muka dengan mereka ketika Battle Of The Band di tempat asal usul mereka sendiri iaitu daerah Keningau.Dah lah tu, mereka plak yang 1st band buat perfomance.Hahahah, memang rasa excited jugaklah nak tengok kan.Tapi, bila dah tengok persembahan mereka hingga selesai, saya dah mula rasa semacam dan rasanya mereka ini bukan sembarangan.

Baru baru ini,saya terlihat di laman FB mereka dimana mereka telah memuat persembahan di sebuah program yang berlangsung di Keningau Juga.Melihat akan klip vedio tersebut,saya rasa band BUZZING JOKER ini harus mencari pendedahan di luar Keningau.Kenapa saya katakan macam tu?sebab, mereka dah ada STUFF yang sangat bagus iaitu LAGU CIPTAAN SENDIRI yang mana telah siap sepenuhnya proses ramakan yang menelan belanja yang boleh tahan juga hebatnya.

Pada yang tak pernah dengar lagu mereka atau persembahan mereka,cuba anda klik disini:- https://www.facebook.com/photo.php?v=511343658897138&set=vb.114150935283081&type=2&theater



Haa,amacam?lagu tersebut berjudul PUTERI yang mana ada dimuatkan dalam EP pertama mereka yang akan ada di pasaran UNDERGROUND tak lama lagi.Sebenarnya,mereka ini mempnyai lagu lagu yang best dari segi penulisan lirik serta susunan melodinya.Namun,atas faktor KURANG PENDEDAHAN sahaja yang membuatkan mereka sukar dikenali.Paling tidak pun,antara rakan sesama yang bermain muzik.

Walaubagaimanapun, pada hari akad ini BUZZING JOKER ini akan berada di Kota Kinabalu untuk membuat persembahan secara LIVE sempena sambutan ulangtahun OnlineFM yang ke3.Kepada yang ingin mendapati EP mereka,sediakan wang kecil anda dan dapatkan pada masa itu juga.

BRo Langau

Penulis Blog

Blog Yang Memberitahu Perihal Pemuzik Tempatan Khususnya Di Sabah.Yang Mana Meraka Ini Perlukan Sokongan Dari Anda Semua..