1st time dapat SPONSER

by 12:38 PM 0 comments

Mungkin ramai yang dah tahu pasal ni,tapi its ok.Saya nak juga tulis pasal info yang rasanya sememangnya baik untuk mereka dan scene.

Sepertimana yang kita tahu,baru baru ini berlangsungnnya satu aktiviti outdoor anjuran Converse Malaysia di Jungle Skatepark likas.Saya ada hadirkan diri untuk menyaksikan sendiri bagaimanakah cara event ini dianjurkan.Almaklumlah,nak juga lihat skaters skaters KK yang hebat hebat kan.Lagipun apa yang membuatkan saya ingin kesana adalah persembahan LIVE BAND dari 2 kumpulan dari KK dan sebuah kumpulan dari KL.


Apa yang saya nak cerita kali ini, dimana inilah kali pertama band KK kita telah mendapat tajaan oleh nama besar yang sememangnya satu brand yang dikenali di Malaysia iaitu Converse.Dua buah kumpulan telah mendapat tajaan RM1000 berbentuk VouncerMereka adalah kumpulan CHAMOMILE & PANTS TAPE.

Kenapa mereka terpilih untuk event ini?Haaaa,tu kena tanya dengan mereka.Apa yang saya ketahui,mereka ini tak pernah berhenti mencari peluang dimana juga.Inilah yang sepatutnya diamalkan oleh kesemua band band kita.Bukannya duduk diam dan mengharap slot datang.Slot atau peluang perfom tu kena dicari.Secara tak langsung,ini membuktikan kepada bakal penganjur yang band anda memang menginginkan peluang untuk perfom dalam acara mereka

Saya sendiri bertemu dengan salah satu band tersebut dan bertanya adakah anda dibayar untuk membuat perfomance dengan converse ni.Mereka kata ,Alhamdulillah, ya.mereka telah diberikan voucher dimana jumlahnya agak besar dan mereka gunakananya untuk membeli kasut jenama converse.Inilah yang dikatakan rezeki mereka...:)



Mungkin ada pihak atau individu pandang remeh akan benda benda macam ni.Tetapi,ini dah menampakan bahawa ada pihak yang dah mula menilai prestasi band band kita dan tampil dengan menyediakan tajaan yang bersesuaian dengan konsep mahupun program yang dijalankan.

Jadi ,kepada band band diluar sana, jangan berhenti dari mencari peluang.Selagi hobi anda dalam muzik ini membara,selagi itulah teruskan usaha anda.Mungkin tahun 2013 akan datang adalah tahun untuk ANDA dan BAND ANDA menjadi perhatian sponsership diluar sana,siapa tahu kan..:)



BRo Langau

Penulis Blog

Blog Yang Memberitahu Perihal Pemuzik Tempatan Khususnya Di Sabah.Yang Mana Meraka Ini Perlukan Sokongan Dari Anda Semua..