Kisah KPD punya Battle

by 2:37 PM 0 comments


Alahai,nilah kalau serba kekurangan gadjet dan masa sampai lambat nak update blog sendiri.Tak apa lah,kalau ada masa yang terluang,sudah tentu akan update mengenai perkembangan muzik sekitar KK.Pada 14 Nov yang lepas,berlangsung saringan acara tahunan anjuran KPD iaitu Battle Of The Band yang mana acara ini adalah acara yang dinantikan oleh band band yang ada sekitar KK.

Menurut penganjur,acara saringan bakal bermula seawal jam 1 petang iaitu selepas acara perasmian.Akan tetapi,disebabkan mereka menghadapi sedikit masalah teknikal,mereka telah menunda acara tersebut ke malam hari iaitu jam 8 malam.

Gambar diatas adalah pengacara pada malam tersebut dimana saya perhatikan brader ni memang hebat dan pandai bergaul mesra dengan penonton serta peserta yang mengambi bahagian.Kalau lah saya diberikan peluang,sudah tentu saya akan menuntuk sedikit ilmu pengacaraan dengan brader tersebut.


Ini plak adalah JURI yang mengadili dan memilih 5 terbaik dari 9 buah kumpulan yang bertanding.Menjadi tanda tanya dalam diri ini dimana hanya 9 buah kumpulan sahaa yang bertanding?Kemanakah band band lain?Mungkin atas sebab kelewatan info ini disebarkan.Tapi,tak apa lah,semestinya penganjur tahu akan apa yang mereka patut lakukan.

Apa pun,seramai 9 buah band yang telah mausk bertanding dan cuba merebut hadiah yang ditawarkan.Seperti tahun tahun sebelumnya,wang tunai rm1000 adalah tawaran bagi juara bari pertandingan ini.Akan tetapi,boleh dilihat dimana rata rata peserta yang mentertai pertandingan ini bukannya menyetai semata mata untuk menang,malah mereka kelihatan nampak enjoy dan happy bila mana dapat berkumpul dan beramah mesra,ambik gambar serta bertanyakan khabar masing masing.Almaklumlah,kesemuan dah ada karier dan sibuk dengan urisan peribadi.Ada yang dah bekerja,ada yang dah bernak pinak dan ada juga yang masih belajar.

Walauapa pun,pertandingan hanya sekadar TAJUK,tetapi semangat mereka untuk BEKARYA yang harus kita banggankan.Apa pun,saya nak ucapkan TAHNIAH kepada penganjur atas penyediaan medium seperti ini kepada pemuzik pemuzik yang ada sekitar Kota Kinabalu ini.

TRICOT

TRICOT adalah kumpulan yang pertama dipanggil untuk membuat persembahan.Saya sendiri tak menyangka bahawa band ini menyertai pertandinghan ini secara ON THE SPOT.tanpa ada praktise apatah lagi duduk semeja berbincang nak main lagu apa,jenis yang macamana.Dan yang paling hebat iaitu WAN KIBOT yang memang dikenali hebat dengan sentuhan keybordnya telah bermain gitar utama.Perghhh,memang lah band ni power dan alasan tiada praktis bukan dijadikan isu bagi mereka.Bak kata pepatah,hendak seribu daya,tak nak seribu dalih.

Yang paling menggejutkan lagi adalah pemain drum mereka yang mana baru beberapa hari naik pelamin sudah mula aktif bermain muzik.Perghhh,tak nak honeymoon ka si Ramzul ni aah?atau dia join ni battle main tapuk tapuk dan isterinya tak tahu kot.hahahaha.Siap la ko wan,kalau isteri Ramzul marah.Apa pun,kesemua mereka ini (Wan Kibot,Steed,Kay,Ramzul) adalah orang yang pakar dalam muzik dan sudah tahu prt maing masing.Pada malam tu,mereka bawa lahu Entersad Man dari Metallica.

Sedih sedikit dimana pihak pengajur menghadapi masalah sound sistem.Seawal acara lagi.pencara teah memberitahu yang kali ini sound sistem tidak dapat digunakan sepenuhnya kerana terdapat kerosakkan pada main speker.Alahaiii,nilah masalah teknikal yang sering meghantui peserta peserta battle.Walau bagaimanapun,battle must go on,,

HOKAGE X
 Inilah antara kumpulan yang saya respect.Mana tidaknya,kumpulan ini datang dari jauh iaitu daerah PITAS yang jaraknya 3 jam pemanduan.Mereka tidak kisah akan jarak yang jauh serta kos yang digunakan untuk menyertai mana mana pertandingan battle of the band.HOKAGE X sudah tidak asing lagi dalam arena Battle of the band.Nama mereka sentiasa jadi sebutan dikalangan pemuzik pemuzik sekitar Kota Kinabalu.Bukan pasal mereka menang sebenarnya,kerana kesungguhan mereka memperkenalkan muzik yang mereka cipta pada pengunjung yang hadir serta juri yang dipertanggungjawbkan

Pada malam tu,mereka membawakan lag baru dimana kalau sebelum ini lagu BUNGA REFELSIA adalah lagu wajib bagi mereka.Penyani mereka iaitu brader Ismail sempat memberi tahu kepada penonton serta juri dimana mereka ingin menyampaikan sebuah lagu baru ciptaan mereka.

Semestinya HOKAGE X mempunyai peminat yang ramai yang mana terdiri dari kalangan band band KK juga.Mereka sudah ibarat saudara rapat yang tidak menjadikan hadiah sebagai perantara.Kalah dan menang belakang cerita,yang pentinh enjoy dan have fun with the family...

RIOT IN ASIA
ANAK BILIS,inilah yang saya boleh nilaikan kumpulan baru ini dalam areba Battle of the band.RIOT IN ASIA adalah sebuah kumpulan yang berasal dari daerah Penampang yang mula menampakkan taring mereka dalam pentas batte.Mereka akui yang mereka masih baru dalam muzik,kurang dari 6 bulan mereka menubuhkan band tersebut.Tetapi,mereka ingin mencabar kemampuan diri sendiri dalam apa yang mereka minati iaitu muzik.

Mereka mengambil keputusan untuk menyertai mana mana battle yang dianjurkan sebagai cara mengetahui tahap kematangan mereka dalam bermain muzik.Muzik PUNK adalah naluri bagi 4 orang anak muda ni.kesemuanya meminati muzik tersebut yang mana ianya selari dengan umur dan tahap kecergasan mereka di atas pentas.

Secara jujurnya,saya memang suka melihat persembahan mereka bila berada diatas pentas.Ternyata mereka sama sekali tidak menganggap battle tersebut adalah satu pertandingan.Malah mereka beranggapan yang masa yang diberikan atas pentas tersebut adalah suatu masa yang mereka harus gunakan sebaik mungin memperlihatkan kepada hadirin siapakah RIOT IN ASIA


PAPA ZACK
 Papa Zack juga merupakan band yang baru berjinak jinak dalam arena battle di sekitar Kota Kinabalu ini.Pada malam tu,mereka menggunakan khidmat pemain sampingan iaitu MAN dari kumpulan INFLAKASTA.sememangnya band ini juga harus di lihat kehebatnya terutamanya penyanyi mereka yang mempunyai tone soara yang sedap.

Mereka juga sering mengikuti pertandingan yang dianjurkan oleh mana mana penganjur.Mungkin disebabkan masa serta faktor lain,band ini kekurangan line up.Saya juga tertanya tanya,mana drummer mereka iaitu "Black".Sebab pada malam tu,mereka menggunakan khidmat pemain drum Kapak & the genk iaitu Salie...

PURNAMA
Kumpulan PURNAMA adalah sebuah kumpulan yang mengikuti jejak kumpulan Kapak & The Geng iaitu mempertaruhkan muzik rock kapak.Kumpulan ini juga mempunyai ramai suppoter yang terdiri dari peminat muzik rock kapak 80an.

kumpulan PURNAMA ini juga benari mencabar diri mereka untuk tampil dalam arena battle.Cuma,saya lihat  penyanyi mereka iaitu Pjul harus banyakkan membuat latihan vokal.Bukannya saya memandai mandai,cuma amat ketara sekali dimana lagu yang disampaikan tidak sampai keynya.Mungkin lagu SEMANGAT LAMINA tersebut terlalu tinggi bagi Pjul.Tapi,lagu tu memang best bro..

Harap kumpulan PURNAMA dapat berbincang dan mencuba membawa lagu yang mana suara VOX mereka boleh sampai.Dam pastikan lakukan latihan vokal yang kerap agar lagunya boleh membuatkan penonton serta juri tangkap syok dengan persembahan anda...:)


Komando X
Terkejut pun ada,bila dapat tahu yang mereka menggunakan nama lain iaitu KOMANDO X.sebenrnya mereka ni adalah kumpulan CRESIA yang sudah tidak asing lagi dalam arena battle dengan membawakan lagu Symphonic Metal.

Pada malam ni,mereka tampil dengan satu kelainan dimana mereka menggunakan 3 orang pemain gitar.Jarang sesekali kita lihat membawakan 3 pemain gitar dalam satu pentas.Sememangnya,persembahan Komando X sudah tentu memukau mata juri serta penonton yang hadir.

Saat yang paling best bagi saya secara peribadi adalah dimana sokongan yang diberikan oleh kedua ibu bapa pemain drum band ini.Saya mula perasan dimana ayahanda kepada Datu sering kali ikut bila mana mereka masuk bertanding dalam mana mana acara battle.

Ini bermula dari pertandingan battle di Karamunsing & Keningau baru baru ini.Amat jarang sekali kita lihat ibu bapa turut hadir memberikan sokongan kepada anak mereka yang bertanding.Ini boleh dijaikan contoh kepada saya sendiri yang berstatus bapa.Dan juga,alhamdulilah pada malam tu,beliau sempat bertemu saya dan bertanyakan khabar tentang kesihatan saya.Segan juga tau,bila orang luar bertanyakan khabar.Tapi,saya nak ucapkan jutaan terima kasih kepada ayahanda pemain drum kepada kumpulan Komando X ini


Pee Bee
Haaa,band ini saya kurang dapat maklumat sedikit.Rasanya saya pertama kali lihat mereka join battle.Tetapi,secara terus terang saya cakap suara vokalis kumpulan ni memang best.Merekapandai memilih lagu untuk dipersembahkan kepada juri yang menilai.

Apa pun,akalu ada kesembatan saya nak juga kenal band ni dengan lebih dekat.Kot kot dapat belajar sedikit sebanyak mengenai muzik.Almaklulah,saya masih dalam proses pembelajaran lagi ni.

SuperNova
 JERANGKUNG DALAM ALMARI,itulah lagu yang dipetaruhkan oleh kumpulan yang ditubuhkan secara projek band ini.Band ini juga antara band fav yang mana sering kali menyertai acara battle.Kehebatan mereka terletak kepada kelantangan suara vokalis mereka yang perghhhhh,susah nak cakap lah.

Mereka juga dikenali sebagai band POWER RANGERS bila mana suatu ketika dulu mereka membawakan lagu tema tersebut di pentas battle dan merangkul juara serta merta.Siapa sangka lagu tersebut menjadi titik tolak kepada kumpulan SuperNova bertapak dalam industri muzik di Sabah ni.


Nasiraw
Kumpulan Nasiraw adalah kumpulan terakhir yang membuat persembahan.Mereka merupakan JUARA pada pertandingan yang lepas.Dan tahun ini,mereka sekali lagi mencuba nasib untuk mempertahankan status JUARA 2011 yang mereka pegang.

Saya memang tidak banyak tahu akan band ini,tetapi mereka merupakan sebuah band yang mempertaruhkan muzik rock kapak juga.SAma seperti kumpulan PURNAMA,LANGSUIR serta Kapak & the geng.Memang sukar kita lihat anak anak muda sekarang ini serius dan tegar dengan muzik rock 80an ini.Apatah lagi dengan mengayakan pakaian seolah olah kita berada di tahun tersebut.

Apa pun yang berlaku,masing maing mempunyai minat yang tersendiri.Kuasa di tangan anda untuk menentukan muzik apakah yang anda minati,,Jangan pula anda main ikut saja tanpa mengetahui muzik yang ada didalam jiwa anda.

p/s
Tahniah kepada 5 buah band yang berjaya masuk keperingkat akhir pada malam ini (17 Nov 2012)

  1. TRICOT
  2. KOMANDO X
  3. PEE BEE
  4. SUPERNOVA
  5. NASIRAW 
Pada yang tidak berjaya tu,cuba lain kali dan anda memang best.Mungkin rezeki tidak berpihak kepada anda.Kemenangan atau JUARA bukanlah LESEN untuk berjaya.Dimana kejayaan sesebuah kumpulan terletak pada niat anda sendiri.Sekiranya niat anda murni dan bukannya kearah mengejar populariti,insyallah kejayaan anda akan terserlah secara sendirinya.Bukannya dengan memegang status JUARA BATTLE.


BRo Langau

Penulis Blog

Blog Yang Memberitahu Perihal Pemuzik Tempatan Khususnya Di Sabah.Yang Mana Meraka Ini Perlukan Sokongan Dari Anda Semua..