1st EP "Rock En Soul" dah rilis

by 5:14 PM 0 comments

Rock En Soul
Seperti seoeang ayah yang menantikan kelahiran anak pertama,begitulah yang dirasai oleh Rock ~En~Soul ini.Sekian lama penantian mereka,akhirnya terjawab dengan kelahiran EP pertama mereka ini.Sejak ianya siap dikeluarkan,dengar khabar,sambutan dari sahabat serta fans mereka memang menggalakkan.Ini terbukti dengan pembelian secara WALK IN ke studio KKMP kelihatan di dalam FB Page mereka.

Ini membuktikan bahawa band mereka memang mempunyai suppoters yang tertentu yang meminati muzik muzik yang mekera hasilkan.Kombinasi 5 orang anak muda ini memang membuahkan hasil dengan terjualnya 1st EP mereka dengan jayanya.

Siapa sangka,dengan hobi bermain muzik,kini mereka melangkah setapak lagi dalam scene muzik sekitar Kota Kinabalu ini.



Kepada yang belum mendapatkan EP mereka (seperti dalam gambar),jangan tunggu lama lama.Lekas buat tempahan melalui fan page mereka atau hubungi salah sorang ahli kumpulan mereka.Bukan apa,takut SOLD OUT.Almaklumlah,sukar nak dapat di kedai kedai kaset yang berhampiran..:)

Tahniah kepada R.E.S atas kelahiran EP ini.Diharap peluang untuk anda EXPOSE di atas pentas akan terbuka luas dan mendapat sambutan dari mesyarakat sekeliling.

BRo Langau

Penulis Blog

Blog Yang Memberitahu Perihal Pemuzik Tempatan Khususnya Di Sabah.Yang Mana Meraka Ini Perlukan Sokongan Dari Anda Semua..