Battle di UMS dah selesai,seterusnya?

by 1:19 PM 0 comments




Oklah,apa pun saya nak ucapkan TAHNIAH kepada penganjur iaitu UMS dimana mereka telah membuka sedikit ruang bagi band band di sabah ini untuk melepas gian di atas pentas yang boleh dikatakan berpresteg ini.TAMU GADANG adalah salah satu produk UMS yang mana menempaktan ratusan pengunjung yang hadir ke program selama beberapa hari itu.Pelbagai program telah dirancang oleh UMS bagi memeriahkan suasana IPT yang mana graduan telah pun mendapat segulung ijazah.Antara program yang disediakan adalah "RHYTHM OF CHAMPION"

"Rhythm Of Champion" telah melabuhkan tirainya dimana seramai 47 buah kumpulan telah menyertainya hanya 12 kumpulan yang layak ke peringkat akhir.Dalam ramai ramai band ini,boleh dikatakan 90% adalah band yang pernah mengikuti pertandingan battle sebelum ini.Juga ada beberapa buah band yang datang jauh dari Bandar Kota Kinabalu.Inilah yang dikatakan semangat untuk berkarya dan memperlihatkan bakat masing masing di pentas battle.



Saya sempat bertemu beberapa petugas/ajk pentas dan bertanyakan bagaimana perjalanan battle.Mereka menggatakan yang masih ada beberapa buah band yang belum sampai.Jam sudah menunjukan 7.30 malam.Menurut jadual acara bermula pada jam 7.30 mlm dan kelihatan 3 orang juri telah berada di tempat yang sepatutnya untuk memulakan acara.Mengikut sistem cabutan undi,kumpulan pertama yang akan membuat persembhan adalah kumpulan Supernova.Tetapi,masih terdapat 3 orang ahli kumpulan yang masih belum sampai.Jam sudah pun menunjukan tepat jam 8mlm.Para juri telah memberikan arahan kepada ajk pentas dimana sekiranya dalam 10 min lagi mereka masih belum sampai,SuperNova akan di keluarkan dari pertandingan.

Akhirnya selang 10 min tiba juga ahli kumpulan Supernova dan terus naik ke pentas untuk memulakan acara pertandingan.Inilah masalah yang selalu dihadapi oleh mana mana ahli kumpulan.Tidak pernah ON TIME bila ada event.Jangankan battle,showcase juga akan berlaku masalah kelewatan dari ahli kumpulan.Apa pun,diharap kepada SuperNova dan band band lain,janganlah jadikan perkara ini remeh.Kerana ianya akan menjadi VIRUS yang akan menular ko masa akan datang.Disiplinkan diri ANDA dalam menghargai MASA yang diperuntukan

Seperti yang di jangkakan,SuperNova telah tampil dengan lagu berhantu mereka iaitu "POWER RANGERS" yang mana saya lihat penonton amat terhibur dan sing along dengan mereka.Specially bab choros tu.Perghh,memang mantaplah suara vokalis kumpulan ini.Dia tak sia siakan bakat yang ada dalam dirinya untuk menghiburkan juri serta cword yang memberikan support pada mereka.

Selesai sahaja SuperNova,kini giliran band METAL mengambil tempat.Tak lain dan tak bukan iaitu kumpulan CRESIA.Seperti yang diduga,mereka akan layak memasuki peringkat ahkir dan lagu yang mereka bawa memang tidak ada tandingan oleh band band lain.Mereka tampil dengan konsep "Symphonic Metal" yang mana battle kali ini,mereka menampilkan kedua dua vokalis wanita mereka iaitu Tabp & Lean.Tapi dalam gambar dibawah,Lean tak ada.Tah mana dia pergi.Barangkali,tengah ambik sijil konvo kot...hehehe



Jelas kelihatan, penonton terpukau dengan hentakan drum Datu dan juga kepantasan double peddelnya.Kombinasi muzik metal yang bercampur dengan sentuhan keybord si Bebe membuatkan penonton bersorak.Seakan akan kami sedang menyaksikan KONSERT Cresia pula.Inilah yang dikatakan,kalau dah ngam timing, dah tak ingat yang malam tu adalah pertandingan bukannya konsert.Walaubagaimanapun, masalah kian mula kedengaran dimana bunyi gitar 1st & 2nd gitar cresia tidak kedengaran.Ingatkan saya sahaja yang perasan,rupanya brader brader yang duduk disebelah pun siap teriak kuat lagi keraha soundman yang bertugas.

Amat mengecewakan bila melihat member buat solo gitar,tetapi kami sebagai penonton tidak merasai bunyi yang dihasilkan oleh jari jemarinya.Tetapi,sebagai pemuzik profesional,mereka dapat mengatasi masalah tersebut dengan cara mereka sendiri.Dimana drum solo Datu,telah memukau mata & telinga penonton.Memang adia antara pemain drum yang harus di tonjolkan di pentas yang lebih besar.bukan itu sahaja,band Cresia ini juga sudah layak bermain di pentas yang lebih luas pendedahannnya dari sebelum ini.Kerana,mereka merupakan antara band Metal yang mempunyai atitude dan corak persembahan yang bagus.Harap ada pihak yang dapat bantu band ini melangkah lagi setapak dalam industri muzik di Sabah ini terutamanya.


Kumpulan ke3 yang mengambil tempat untuk membuat persembahan adalah kumpulan The Vangence.Kalau anda tengok gambar,hanya 3 orang sahaja yang naik kepentas semalam iaitu Steed, Stand dan pemain drumm mereka.Untuk pertandingan kali ini,mereka meminjam penyanyi kumpulan JRock iaitu Kay dari kumpulan WORM.Siapa tak kenal Kay,memiliki suara rock and roll yang hebat serta teknik persembahan yang sudah sebati dengan dirinya.Cuma,ini merupakan kali pertamna dia bersama kumpulan The Vangence ini.Seperti band band sebelum ini,kumpulan ini juga mengalami maalah teknikal dimana gitas steed tidak dapat didengari dengan jelas.Seolah olah soundman masih belum dapat mengatasi masalah sejak awal persembahan lagi.

Saya ada terdengar bila mana salah sorang pemain gitar membuat komplen kepada ajk pentas (student UMS) dimana saya rasa dia tidak sepatutnya mengeluarkan kata kata yang tak elok tu.Yalah,semua pun benggang dengan keadaan sistem bunyi yang sedemikian rupa.Tapi,ajk pentas tersebut hanyalan petugas yang diamanahkan untuk mengendalikan program tersebut.Saya nampak air muka mereka kecut dan takut bila mana mereka sentiasa di terjah oleh peserta peserta battle.Kena ingat juga,Band anda juga sampai agak lewat dan ajk ajk tersebutlah yang cuba membantu agar juri dapat memberikan sedikit masa untuk anda.Inilah yang dikatakan Win Win stuation bro,sepatutnya anda say terima kasih kepada mereka (ajk pentas) sebab dapat cover kelewatan anda sampai..:)


Kumpulan ke 4 yang mengambil bahagian pada malam final tu adalah satu satunya kumpulan PUNK yang berasal dari Penampang iaitu Riot In Asia.Ini merupakan kali ke dua mereka dapat masuk ke peringkat akhir dalam pertandingan battle.Kalau sebelum ini mereka seramai 4 orang,kini mereka hanya tinggal 3 orang sahaja.Dimana salah sorang ahli kumpulan termaksa meninggalkan mereka atas sebab sebab yang tidak dapat dielakkan.

Walaupun hanya 3 orang,mereka dapat memberikan persembahan yang hebat.Seolah olah saya melihat GreenDay di pentas UMS.Terutamanya showmanship pemain bass mereka yang sepatutnya di puji dan boleh dibanggakan.Dia dapat membuatkan penonton bersorak dan enjoy dengan persembahan mereka.Tidak dilupakan juga kepada rafie sekalu drummer kepada band ini,kepantasan kedua tangannya memukul snare membuatkan diadapat sorakan gemuruh pada malam tersebut.

Apa pun,saya memang suka dengan band ini.Dimana mereka masih terlalu mentah dalam arena battle,namun mampu menjadi top 10 dalam 2 kali penganjuran yang mereka sertai.Diharap kepada band ini akan terus aktif dan mengekalkan showmanship diats pentas.


Satu satunya kumpulan wanita yang menyertai pertandingan ini adalah kumpulan PARAVEL.Seperti yang anda tahu,vokalis asal mereka kini berada di semenanjung atas sebab melanjutkan pelajaran.Manakala pemain bass mereka iaitu Diena,masih dalam keadaan pantang disebabkan baru sahaja menimang cahaya mata yang pertama.Jadi,mereka terpaksa mendapatkan bantuan penyanyi dan pemain gitar jemputan.

Pertama kali lah saya melihat band ini membuat persembahan di pentas battle.Dimana vokalis mereka iaitu INTAN,memang seolah olah dah mahir membuat persembahan.Dia pandai membuatkan penonton hapenning dengan kata kata pembukaan yang begitu slumber.

Apa yang menarik perhatian saya,ketika band ini mengambil tempat di atas stage,laungan mana PIN PIN amat jelas kedengaran dari setiap sudut penonton.Untuk pengetahuan anda,PIN PIN adalah pemain drum bagi band ini.Dimana dia adalah antara pemain drumm wanita yang sedang menguasai tahta pemain drumm wanita sekitar bandar Kota Kinabalu.biarpun band ini masih baru,namun dia sudah mempunyai ramai peminat yang sentiasa menyokongnya di atas stage.


Mr Barbarik merupakan peserta ke 6 yang mengambil bahagian dalam acara ini.Band ini juga antara band yang dikenali ramai.Dimana mereka sentiasa mengikuti mana mana acara battle sekitar KK.Dan pada malam tersebut,mereka membawakan lagu rock yang mencabar kemampuan vokalis mereka.Kalau dilihat dari segi saiz badan,memang saya tak yakin dia dapat bawa lagu yang begitu tinggi.Sekali dia sampai part high note, perghhh mampu membuatkan para HEAD BANGGERS di bawah pentas tak henti henti mengoyangkan kepala mereka sehingga selesai persembahan.

Kita amat bertuah dimana memang ramai penyanyi penyanyi yang mempunyai bakat semulajadi yang harus diketengahkan.Bukan sahaja dari segi berkumpulan,secara solo juga mampu mencari jawapan akan persoalan ketandusan penyanyi penyanyi baru ini.Apa pun,tidak menghampakan persembahan solo dari pemain gitar mereka dapat memukau hati juri serta penonton dihadapan pentas.


The Fingers, antara nama besar di Sabah juga terkena tempias akibat maslah teknikal yang dihadapi sejak awal jam 8mlm lagi.Amat menduka citakan bila mana melihat aksi MAN,ASdee & CK yang seolah olah bermain gitar tanpa sebarang bunyi.Juga menyedihkan bunyi keybord juga amat tenggelam dimana kebiasaannya intro lagu kumpulan ini dimulakan dengan sentuhan jari jemari pemain keybord terhebat di Sabah  iaitu Wan Kibot.

Ianya seolah olah tidak dapat diatasi masalah yang dihadapi oleh penyedia sistem bunyi ketika itu.Nama mereka amat dikenali sekitar Sabah dan merupakan nama besar dalam perniagaan sistem bunyi.Tetapi amat menduka citakan pada malam final.Ada juga peserta mengadu kepada saya,tetapi siapalah saya nak memberikan jawapan.

Saya cuba melihat di dalam lori Mega Boogie,kelihatan BOSS kepada Mega Boogie iaitu Lazman sudah ada disana.Mungkin dia juga menerima komplen yang sama dari penganjur serta sahabat yang mengenali dirinya.Saya cuba mendapatkan respon darinya dan juga sempat bertanyakan "Apakah masalah yang dihadapi bila mana bunyi gitar tidak kedengaran dihadapan pentas".Dia menjawab,dia dan soundman yang bertugas sedang berusaha mengatasi masalah yang dihadapi.Ianya akan mengambil sedikit masa kerana amat banyak benda & perkara yang harus diteliti oleh mereka.

Bila mana saya lihat dia sudah sibuk menekan itu ini butang Digital Mixer yang ada diatas lorry tersebut,tanpa berfikir panjang saya terus beredar dari sana.Bukan apa,tidak ingin mengganggu dia sedang mengatasi masalah yang tidak sepatutnya berlaku.

Mungkin ini satu cabaran dan pengalaman getir bila mana sound man Mega Boogie mendapat kritikan negatif dari peserta serta penonton yang hadir pada malam itu.Walaubagaimanapun,ini adalah kesilapan yang kita tidak inginkan terjadi.Tetapi,kita tidak boleh menyalahkan mana mana pihak,seharusnya soundman,crew dan peserta sepatutnya berbincang dan mendapatkan kata sepakat sebelum acara bermula.Sama sama mencari jalan penyelesaian bagi masalah teknikal yang berlaku sebegini rupa.



Band yang ke7 membuat persembahan adalah kumpulan Butterfly XO.Pada acara battle yang lepas (rock -a fella),mereka membawa lagu She's gone dan pada ketika itu,vokalisnya agak tekucil sedikit dan tak dapat meneruskan nyanyian atas sebab yang tdak dapat dielakkan.Sejak dari sanalah,saya dah kenal dengan band ini..:)

Kali ini,dia dapat menebus kesilapannya dimana part choros lagu tersebut dia telah mendapat sorakan gemuruh dari penonton yang hadir.Dan pada mas itu juga,kelihatan seorang wanita datang memberikan kekuntum bunga ros kepadanya.Wahhh,dah macam showcase plak tau.Apa pun,bungga tersebut tidak mendatangkan sebarang markah dalam pertandingan.Walaubagaimanapun,kumpulan Butterfly XO telah memberikan persembahan terbaik.



Hokage X mengambil tempat selaku kumpulan ke 8 yang membuat persembahan.Kali ini,brader mail tidak dapat bersama sama mereka sebagai penyanyi,tetapi posisinya diambil alih oleh pemain bass mereka.Sejak awal awal lagi,mereka dah memberitahu yang kali ini Hokage X tampil dengan band projeck.

Mereka membawakan lagu rock sebagai pembukaan.dan amat jelas kelihatan head banggers yang ada di tepi pentas sedang layan lagu tersebut.Ternyata pemain bass mereka rupanya memiliki suara yang power.Apa kata,next event kamu berduet bersama brader mail,confirm mantap woo..

Saya tidak dapat menyaksikan persembahan dari band seterusnya disebabkan kali ini saya membawa family.jam telah menunjukkan tepat jam 11 malam,dan kesemua family saya telah tertidur dalam kereta.So,dengan perut yang kosong,saya ambik keputusan untuk beredar dari lokasi battle dengan perasaan kecewa dengan kualiti sistem bunyi yang disediakan oleh Mega Boogie


Jutaan terima kasih kepada pihak UMS (specially Cik Diana) atas kebenaran anda untuk bekerjasama dengan OnlineFm dari segi promosi & pencarian peserta battle.Sekiranya ada kesilapan mahupun kekurangan,,harap dapat teguran dari pihak anda melalui email mahupun panggilan talifon.


p/s
 1st - The Fingers
2nd  - Mahakarya
3rd - Cresia

Vokalis terbaik - The Fingers
Drummer Terbaik - The Fingers
Gitaris Terbaik - Mr Barbarik

BRo Langau

Penulis Blog

Blog Yang Memberitahu Perihal Pemuzik Tempatan Khususnya Di Sabah.Yang Mana Meraka Ini Perlukan Sokongan Dari Anda Semua..