Tahniah MOTOUR Sabah

by 12:32 AM 0 comments


Category 1: Borneo

1.Deekizz Boy
2. Borneo Crew
3. GotSoul

Deekizz Boy won the Best Choreography and Best Costume too.

Category 2: International

1. Team Vibe (Philippines)
2. Vibelicious (Philippines)
3. Chique De Luxe (Malaysia)
4. AC Crew (Malaysia)

Best Choreography: Team Vibe
Best Costume: Chique De Luxe


Tanggal 22 September yang lepas,bertempat di Suria Sabah telah berlangsung pertandingan akhir Borneo Street Dance Competition 2012 yang telah dianjurkan oleh Kementerian Pelancongan Malaysia Negeri Sabah.Kalau ikutkan jadual yang tertera dalam flyers,acara bermula jam 2pm.Akan tetapi,ada sedikit kelewatan yang dihadapi dan ianya tidak menjejaskan acara tersebut.Saya pulak sampai di sana cun cun jam 2pm.Tujuan sebenar saya kesana hanya semata mata hendak mendengarkan lagu tema BSDC2012 yang dicipta oleh kumpulan T-Street.Akan tetapi,ternyata apa yang disediakan oleh penganjur membuatkan saya berat hati ingin meangkah pulang awal.

Seperti biasa,Emcee kali ini adalah orang yang sama iaitu Brader Farish Aziz dari SuriaFM KK.Dan semestinya dia merupakan seorang yang memang PRO dalam mengendalikan acara acara besar yang macam ni.Dia juga dibantu oleh DJ Tony.Tapi,saya tidak berapa mengenali DJ Tony tersebut.Mungkin dia adalah Dj yang mengendalikan acara acara yang hebat macam ni juga.

Kali ini,TARIAN Flash MOB adalah pembukaan yang memang menarik.Dimana lebih 100 orang belia belia KK yang terdiri dari pelajar sekolah Menengah serta IPTA menyertai tarian ini.Cuma yang sedihnya adalah penari penari MOB di tingkat atas agak tersisih dari perhatian umum.Mungkin kerana mereka dipampan oleh penonton yang berdiri dihadapan mereka.Sepatutnya penari penari tersebut tidak dipampan oleh penonton sehingga mereka selesai membuat tarian tersebut.Tapi apakan daya,sambutan dari pengunjung Suria Sabah memang sangat membanggakan.

Terdapat 2 kategori yang dipertandingkan iaitu Borneo & Antarabangsa.Bagi kategori Borneo,10 kumpulan yang mengambil bahagian yang terdiri dari kumpulan yang berasal dari Labuan,Sarawak & Sabah.Dalam mana saya menyaksikan persembahan persembahan tersebut,hanya beberapa CREW sahaja yang betul betul memberikan persembahan yang amat bertenaga dan memukau penonton yang ada di hadapan stage.Bagi saya plak,persembahan dari kumpulan dari Labuan iaitu DeeKizz Boys memang antara CREW yang betul betul gempak.Paling best bila mana mereka memilih lagu MORTAL COMBAT sebagai lagu tema bagi tarian mereka.Lagu tersebut adalah lagu lama yang mana mempunyai rentak yang betul betul HAW LIAU kalau kena dengan kariografinya.

Bagi kumpulan BORNEO CREW pulak,saya sedih sedikit kerana tak dinafikan yang mereka memang mempunyai FANS yang agak ramai.Tetapi,corak persembahan mereka tidak berapa UMPHHH berbanding DeeKizz Boys.Tetapi,ini adalah komen dari saya sendiri sebagai penonton sahaja.Sekiranya tak tepat,harap maafkan dari hujung rambut hingga kehujung kaki.Diharap Borneo Crew dapat memperbaiki segala kekurangan dan mencari corak tarian yang terkini dan RARE dimata pengikut pengikut BBoys ini.Jadikan kali ini sebagai cabaran untuk anda ditahun 2013...

Bagi kategori Antarabangsa pulak,persembahan dari negara Philipine memang jauh lebih hebat berbanding dari peserta lain.Kenapa saya cakap macam tu,anda sendiri boleh lihat corak tarian dan mimik muka yang mereka lakukan.Kini terjawablah sudah persoalan dimana faktor SAIZ BADAN bukan penghalan untuk menyertai tarian BBoys.Ini terbukti bila mana peserta dari Philipine tersebut iaitu Team Vibe mempunyai seorang crew yang mempunyai saiz badang yang agak besar.Disanalah terletaknya kekuatan kumpulan tersebut.Aksi aksi lucu secara spontan dapat menarik perhatian crowd dan besar kemungkinan menambat hati juri yang mengadili pertandingan tersebut.Begitu juga dengan peserta wanita mereka iaitu Vibelicius yang mana mempamerkan gerakan gerakan yang amat berani dan menarik penonton untuk bersorak.

Tetapi,sayang saya tidak dapat menyaksikan pertandingan ini sampai habis kerana ada perkara yang perlu diselesaikan sebelum jam 5pm.Dalam jangkaan saya kumpulan kumpulan ini bakal memenangi hadiah yang ditawarkan dalam pertandingan tersebut.Dan iannya terbukti bila keputusan rasmi telah dikeluarkan oleh penganjur seperti yang tertera di atas blog ini.

Apa pun,kita harus mengucapkan TAHNIAH kepada penganjur kerana telah membuka satu lagi peluang secara tidak langsungnya mereka telah mewujudkan satu lagi platfom untuk belia belia ini mengisi masa lapang dnegan aktiviti yang berfaedah seperti tarian BBoys ini.Selain ianya dapat menjaga kesihatan,belia belia ini juga dapat menjadi IKON kepada belia belia lain untuk turut sama dalam menjalankan aktiviti ini dikawasan kawasan yang strategik.Di Kota Kinabalu ini,memang banyak kawasan kawasan riadah yang sesuai dijadikan port untuk membuat latihan atau showcase.Terpulang kepada komuniti BBoys ini saja

BRo Langau

Penulis Blog

Blog Yang Memberitahu Perihal Pemuzik Tempatan Khususnya Di Sabah.Yang Mana Meraka Ini Perlukan Sokongan Dari Anda Semua..