2012 milik Chique De Lux

by 12:02 AM 0 comments

Wohooo,memang nerves juga dibuatnya bila mengacarakan program pertandingan BBoys ni.Ianya menang tidak sama dengan mengacarakan pertandingan battle of the band kerana pengetahuan luas amat diperlukan dalam salah satu elemen Hip Hop ini.Tapi,peluang ini telah diberikan oleh penganjur.Jadi kena bagi yang terbaik dan yang termampu.

Pertandingan memang sengit dan memang sukar memilih persembahan yang terbaik selaki gus akan mewakili Sabah dalam pertandingan akhir yang akan berlangsung pada 22hb ini di lokasi yang sama seperti pemilihan semi final iaitu Suria Sabah

Chique De Lux Crew
Lihat gambar diatas...haaa,mereka lah yang menjadi juara dalam pertandingan baru baru ini dimana mereka akan mewakili sabah untuk di final nanti.Memang persembahan mereka mantap dan hebat.Setelah diihat profile mereka d FB (https://www.facebook.com/ChiqueDeLuxe) mereka memang menimba pengalaman dari mengikuti pelbagai BBOys Battle.Tak heranlah,pertandingna lepas tidak nampak gentar di muka mereka.Apatah lagi,mereka dapat sorakan paling gemuruh ketika mereka beraksi.Besak la tue,wajah yang cantik cantik..:)

Borneo Crew
Tahun lepas,mereka adalah juara.Tetapi,tahun ini nasib tidak menyebelahi dimana mereka sekadar di tempat kedua.Walaupun begitu seperti mana yang kita tahu,KJ,sanggup balik ke Kota Kinabalu demi memberikan support banda crew member mereka demi mempertahankan kejuaraan.Sebelum ini,dia berada di KL untuk tujuan promosi lagu bersama sama dengan mentornya iaitu ADAM.Kira dapat cuti lah ni kan..:)

Tempat ketiga dimiliki oleh kumpulan Hype Daft Ignition.Yang mana ketika membuat persembahan,mereka mengenakan topeng gas yang memang menampakkan kelainan dari crew crew yang lain.

Akan tetapi,pihak juri telah memilih sebuah kumpulan yang mereka lihat memang berbakat besar dan bakal akan menggegarkan KK setiap kali membuat persembahan iaitu IDOL Zone Crew.Mereka telah mendapat hadiah khas daripada juri..:)

Pada masa yang sama juga,pihak penganjur telah memiih 9 orang penari dari pelbagai crew.Dimana mereka semua ini telah dipilih untuk menjadi penari KHAS untuk lagu tema BSDC 2012 yang akan mula membuat sessi pengambaran vedio klip secepat mungkin.Siapa sangka,mereka bernasib baik dan terpilih atas persembahan yang memukau mata penganjur.

Lagu tema ini dan klip vedionya akan kita ketahui pada 22hb nanti dimana akan dipersembahkan secara LIVE oleh penyanyi asal serta pencipta lagu tersebut.Sama samalah kia nantikan di Suria Sabah.

BRo Langau

Penulis Blog

Blog Yang Memberitahu Perihal Pemuzik Tempatan Khususnya Di Sabah.Yang Mana Meraka Ini Perlukan Sokongan Dari Anda Semua..