Tawau tetap jadi pilihan mereka

by 7:36 AM 0 comments

Memang tidak dinafikan yang Tawau adalah sebuah tempat yang bukan sahaja kaya makanan lautnya yang segar dan murah,laha Tawau juga sering kali menjadi lokasi utama bagi penganjuran sesebuah konsert muzik yang berteraskan muzik rock kapak.Kalau sebelum ini kumpulan lagenda Search & Lefthanded telah memanaskan badan di sana,kali ini ada beberapa buah kumplan rock ingin mengikuti jejak langkah mereka.

Pagi tadi,aku telah mendapat info dari seorang sahabat yang mana merupakan seorang pemain gitar lagend dizaman 80an dulu aah.Rasanya tak sesuai nak mention namanya kat sini sebab event ni masih dalam perancangan.Akan tetapi,dia memberitahu yang mana ada 3-4 buah kumpulan rockers 80an akan datang membuat konsert di Tawau.Antara yang disebutkan bakal membuat konsert di stadium Tawau adalah...



Yaaa,kumpulan XPDC yang memang sudah tentu ramai yang minat akan mereka ni kan.Ini antara kumpulan yang akan mendarat di Tawau dan akan menghiburkan warga Tawau yang sememangnya maih kuat dengan muzik muzik rock dulu dulu ini.Lagu lagu seperti Semangat yang hilang,Hijau Bumi tuhan,C.I.N.T.A, da banyak lagilah tidak pernah hilang dari siulan belia belia seranag ini lebih lebih lagi di Tawau.

Aku yakin dimana memang ramai peminat kumpulan ini di Tawau.Ini terbukti dimana syarikat pengangkutan di sana iaitu BAS maish lagi kerap memainkan lagu lagu dari kumpulan ini.Malah,lagu lagunya sering dijadikan lagu cover ketika jamming di studio studio sekitar Tawau..


Selain kumpulan XPDC,ada sebuah kumpulan OTAI juga akan mendarat di Tawau bersama sama dengan mereka iaitu kumpulam MAY.Cintamu Mekar Dihati,Sendiri,Perlayaran..itu adalah antara lagu lagu yang sampai sekarang masih kedengaran di mana mana handpon yang dimiliki oleh belia belia sekarang ini.Walaupun ada diantara mereka masih belum lahir dizaman kegemilangan kumpulan MAY,tetapi mereka dapat menerima lagu lagu kumpulan ini.Ini bermakna kumpulan MAY masih ramai peminatnya.Sudah tentu Tawau antara lokasi yang memang strategik untuk penganjuran konsert ini

Dengar cerita lagi,penganjur akan mengadakan pertandingan BATTLE OF THE BAND dimana juara bagi pertandingan ini alah layak menjadi opening band sebelum band utama iaitu XPDC & MAY beraksi.Perghhh,itu merupakan satu peluang yang amat berharga bagi mereka yang mempunyai bakat dalam bermain muzik dan ingin menampilkan muzik dikhalayak ramai.kepada yang nak rebut peluang ini,siap  sediakan diri anda dengan apa yang patut...:)

Walaubagaimana pun,ini masih dalam perancagan oleh pihak penganjur.Insyallah,mereka akan beritahu sekiranya ada perkembangan yang berlaku.Yang penting Stadium Tawau akan menjadi saksi akan kemunclan dua buah band lagenda ini.Kepada warga Tawau,siap sediakan diri anda...

BRo Langau

Penulis Blog

Blog Yang Memberitahu Perihal Pemuzik Tempatan Khususnya Di Sabah.Yang Mana Meraka Ini Perlukan Sokongan Dari Anda Semua..