Single kedua dah siap...

by 11:03 AM 0 comments

Dang Mar Ezzah  adalah seorang lagi penyanyi baru yang kini hits lagu pertamanya iaitu "CINTA" di corng corong radio frekuensi.Kini dia sedang menjalakan promosi single keduanya yang telah pun siap dan akan bakal di dengarkan tak lama lagi.

Dia ni adalah penyanyi yang memiliki suara yang merdu dan mampu buat pendengar dup dap dup dap jantung woo.Dah lah memiliki raut wajah yang cantik dan jelita,ditambah lagi dengan bakat yang dikurnaikan oleh Ilahi,kini dia menggunakan kesemua itu untuk menempatkan dirinya sebagai seorang penyanyi solo atau juga dikenali sebagai artis tempatan Sabah.


Cuba kamu tengok gambar diatas,tapi jangan lama lama aah.Nanti ada yang terpikat,susah karang.Dang Mar Ezzah juga bergerak secara indiependent dimana rasanya dia lebih selesa dengan konsep ini.Lagipun,bidang nyanyian ini masih lagi baru baginya dan kita boleh lihat dimana dia ni memang seorang yang low profile dan amat pendiam.

Beberapa bulan yang lepas,pihak OnlineFM ada menjemputnya untuk membuat persembahan dalam sebuah program dan ternyata penonton memang tertarik dengan lagu hits "CINTA" tersebut.Ramai juga masa tu yang hafal lirik lagu ini dan sama sama sing along dengan Dang mar Ezzah.Ini tandanya bahawa lagu tersebut dapat menambat hati pendengar serta orang yang telah mendengarnya.

Kepada Dang Mar Ezzah,diharap dapat mengekalkan konsep Low Profile ini serta proses promosi single kedua ini dengan giat dan jayanya.Perluaskan proses promosi lagi ini bukan sahaja sekitar Kota Kinabalu,cuba cuba masuk ke pasaran daerah luar seperti Ranau, Keningau ,Sandakan serta Tawau.Tengok dan nilai bagaimana penerimaan disetiap daerah tersebut.

Memang sukar nak membuat promosi sebegini rupa,ditambah lagi dengan sikap malu anda tersebut kan..:) tetapi,cuba dapatkan bantuan dari mereka mereka yang berpengalaman serta tahu selok belok dalam muzik scene sekitar Sabah ini.

Apap pun,good luck untuk diri anda serta single anda yang kedua ini...:)

BRo Langau

Penulis Blog

Blog Yang Memberitahu Perihal Pemuzik Tempatan Khususnya Di Sabah.Yang Mana Meraka Ini Perlukan Sokongan Dari Anda Semua..