Salute NifuNifa

by 10:39 AM 0 comments

Huhhh,sedar tak sedar kita sudah berada hari ke 12 dalam bulan Syawal.Seolah olah mode raya tu dah makin malap,bagi yang bekerja lah.Tapi,bagi anak anak kita,suasana di persekiaran rumah masih lagi happening dengan riuh rendah mereka dengan kegairahan mencari duit raya…

Selama sebulan kita berpuasa,bukan sahaja menahan lapar serta dahaga malah menahan diri dari mengikuti atau mengadakan sebarang penganjuran yang berbentuk hiburan.ini kerana menghormati bulan yang penuh mulia di sisi orang islam.Akan tetapi,ianya sudah berlalu dan,korang boleh lihat flyers yang simple dan cool diatas ni yang mana mempunyai maklumat akan bakal berlangsung satu program akustik di lokasi yang menjadi tumpuan para pemuzik serta belia sekitar daerah sandakan iaitu restoran Nifunifa, bandar Prima.

1 September ini merupakan event yang ke5 dianjurkan oleh komuniti pemuzik daerah Sandakan ini.Memang mereka tak pernah kenal erti jemu dan bosan untuk menyediakan platfom untu sesiapa sahaja yang ingin berkarya.Tak kisahlah pemuzik itu solo mahupun berkumpulan.Yang penting,dia berani untuk tampil ke depan dan menghidangkan lagu lagu yang mampu mengenyangkan para penonton yang semestinya melebihi 100 orang pada masa masa ini.



Antara kesemua yang tersenarai diatas tersebut,saya memang tertarik kepada pasangan duo yang mempunyai bakat besar dalam muzik iaitu Adie ft Dikk. Mereka berdua ini merupakan gandingan mantap dan tidak akan mengecewakan para penonton yang hadir disetiap kali mereka membuat persembahan.Lagu lagu yang mereka dendangkan memang best,ditambah lagi dengan petikan gitar dari Adie dan alunan suara lunak Dikk sudah mampu membuatkan anda tidak puas dengan 2-3 buah lagu yang mereka persembahkan.Jadi,pada kali ini,korang request mereka bawa 5 buah lagu lah kan.Penganjur tidak berani marah punya,percayalah...


Disini saya amat mengharapkan pada program ini,ada penglibatan PHOTOGRAPHER profesional mahupun amatur yang sekurang kurangnya mempunyai kamera DSLR.bukan apa,inilah masanya ANDA (orang Sandakan) support bakat bakat baru serta pemuzik pemuzik indiependent ini dengan menggukan kemahiran anda dalam mengambil gambar.Sesudah itu,hebahkan di laman FB mahupun di medan internet akan kehebatan persembahan dari pemuzik Sandakan ini.

Secara tidak langsung,ini dapat membantu mereka (pemuzik) serta memperkenalkan program ini dan juga dapat memperkenalkan lokasi program yang mana merupakan sebuah restoran anak tempatan.Kita sama sama mengalas tanggungjawab sebagai anak jati Sabah yang cuba membantu menyokong setiap program yang melibatkan belia yang menjurus ke arah muzik serta bidang hiburan sebegini rupa.

Memanglah,mereka (penganjur & pemuzik) tidak berani atau segan untuk menjemput jurugambar yang ada nama atau ramai pengaruh di laman FB.Sebab siapalah mereka untuk menjemput anda kan.Insyallah,dengan adanya konsep "support each others",kita dapat membuat perubahan sedikit demi sedikit.siapa tahu,satu masa nanti,program ini akan menjadi program besar dan dapat sokongan dari pihak pihak yang prihatin,kan.

p/s
harap dapat tagg gambar gambar yang di snap oleh mereka mereka yang ada kamera DSLR ketika ini aah..:)

BRo Langau

Penulis Blog

Blog Yang Memberitahu Perihal Pemuzik Tempatan Khususnya Di Sabah.Yang Mana Meraka Ini Perlukan Sokongan Dari Anda Semua..