Majlis Khatam Al-Quran Rakan Muda peringkat Negeri Sabah

by 9:48 AM 0 comments

Alahai,dalam bulan puasa ni susah nak dapat info pasal muzik yg nakal berlangsung sekitar Sabah.Maybe semuanya BZ dengan kerja seharian dan menghormati bulan yang penuh pahala ini.Apa pun,saya telah menerima satu info dimana ianya ada kaitan dengan Belia sekitar Kota Kinabalu dan yang berhampiran dengannya.

Satu majlis Khatam Al-Quran akan berlangsung pada minggu hadapan seperti mana yang anda boleh lihat di flyers di atas.Secara detailnya,saya akan kongsikan maklumat yang diterima oleh hamba allah ini dibawah..



ATURCARA MAJLIS KHATAM AL-QURAN RAKAN MUDA RAMADHAN 
PERINGKAT NEGERI SABAH 2012M/ 1433H

Tarikh 08hb Ogos 2012M bersamaan 19 Ramadhan 1433H
Tempat : Masjid Bandaraya Kota Kinabalu



3.00 petang : Ketibaan peserta dan orang ramai.

3.15 petang : Ketibaan dif-dif jemputan.

3.30 petang : Ketibaan Yang Berusaha Tuan Haji Mohd. Dahali bin Haji Matsin,
                          Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah.

3.42 petang : Azan dan Solat Asar Berjemaah.

4.30 petang : Ketibaan Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Musa bin Haji
                           Aman, Ketua Menteri Sabah.

                          Bacaan Doa.

                          Ucapan Aluan Yang Berusaha Tuan Haji Mohd. Dahali bin Haji Matsin,
                          Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah.

                          Ucapan Perasmian Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Musa
                          bin Haji Aman, Ketua Menteri Sabah.

                          Majlis Khatam Al-Quran dimulakan.

                          Upacara penyampaian sijil dan cenderakenangan.

                          Penyampaian sumbangan kepada anak-anak yatim.

                          Tazkirah.

6.33 petang : Azan Maghrib/ Majlis Berbuka Puasa/ Solat Maghrib Berjemaah.

                          Jamuan dan bersurai.

BRo Langau

Penulis Blog

Blog Yang Memberitahu Perihal Pemuzik Tempatan Khususnya Di Sabah.Yang Mana Meraka Ini Perlukan Sokongan Dari Anda Semua..