kumpulan 911 di KK?

by 3:37 PM 0 comments

Huhh,sure kamu tertanya tanya kenapa tajuk artikel ni 911 kan?hahaha,ada yang tak perasan dimana 9 tu adalah 9 buah band sabah (yg tertera dalam flyers).manakala 1 untuk Band dari Kuching dan 1 lagi band dari Johor.Amacam,smart kan..

bila nampak saja flyers ni rasa seram sejuk dibuatnya.Apa tidak,nilah 1st time penglibatan OnlineFm sebagai media rasmi bagi mempromosikan gigs ini.

Kalau dilihat melalui flyers diatas,sure ramai yang dah kenal akan band band yang bakal membuat persembahan.Terdapat 9 buah band sekitar Sabah dan ada 2 buah band jemputan luar dari Sabah.Mereka adalah Green Love yang berasal dari Johor Bahru & sebuah lagi kumpulan dari Kuching Sarawak iaitu Fuzz Muff.Kedua dua kumpulan ini menjurus kepada muzik grunge dan seangkatan dengan 9 buah inhouse band tadi.

Tiket yang dikenakan untuk menyaksikan gigs ini rasanya amat berpatutan dimana saya pasti pada masa ini,ada antara mereka (band band tersebut) yang bakal menjual stuff stuff mereka.Antaranya menjual DEMO, Baju T, Sticker dan sebagainya.Apa pun sama sama kita tunggu dan lihat

Sebelum itu,sentiasa kita ingat memperingati antara kita bahawa kekalkan tema NO DRUGS, NO ALCOHOL & NO VIOLANCE pada setiap gigs.Kerana tema ini amat sesuai bagi pengiat muzik underground sebegini rupa yang sering kali dipandang serong oleh sesetengah pihak.Buktikan pada mereka yang pengiat muzik underground sentiasa berkarya dengan berhemah dan berdedikasi.Insyallah...

Apa apa pun,kita jumpa di sana.Insyallah..:)

BRo Langau

Penulis Blog

Blog Yang Memberitahu Perihal Pemuzik Tempatan Khususnya Di Sabah.Yang Mana Meraka Ini Perlukan Sokongan Dari Anda Semua..