EP keluar lepas raya

by 1:10 PM 0 comments

ramai yang menyatakan bahawa lepas raya ni nak keluarkan EP untuk member member serta suppoter mereka.termasuklah sebuah kumpulan yang berasal dari daerah Sandakan ini iaitu The Mines.Mereka yang terdiri dari 4 orang anak muda sudah lama menyimpan impian untuk mengeluarkan EP pertama untuk santapan warga Sandakan terutamanya member member terdekat.

Rasanya follower mereka yang berada luar dari Sandakan juga tak sabar dengan kelahiran EP pertama ini.Kalau saya tak silap,EP pertama ini,mereka menggunakan khidmat saudara Chris Pereira sebagai sound engineer.Sudah tentu proses rakaman EP ini dijalankan di Eyes & Ears Production yang terletak berhampiran dengan pejabat saya sendiri iaitu damai Point.

Diharap selepas kelahiran EP pertama kumpulan ini,mereka kena lebih aktif dalam proses mempromosikan EP tersebut.Terutamanya sekitar daerah Sandakan dan kawasan yang berhampiran dengannya.Kenalkan kepada rakan terdekat,stesen radio serta kalau berani,anjurkan perlancaran secara kecil kecilan.

Bukan nak menunjuk atau apa,ianya hanya untuk memberitrahu bahawa ada sebuah band yang telah memiliki lagu sendiri yang mana boleh dibanggakan.Apatah lagi material lagu lagu tersebut dilahirkan oleh kumpulan itu sendiri dari segi penulisan lirik lagu serta susunan muziknya

Apa pun,kalau lah confirm planning mereka nak buat perlancaran,harap sudi menjemput member member yang seangkatan dnegan mereka.Untuk mengukuhkan lagi ikauat sesama pemuzik serta dapat bertukar tukar idea demi perjalanan sebagai anak seni kelahiran daerah Sandakan...

Kamu boleh check kat link ini untuk dengarkan EP pertama mereka

BRo Langau

Penulis Blog

Blog Yang Memberitahu Perihal Pemuzik Tempatan Khususnya Di Sabah.Yang Mana Meraka Ini Perlukan Sokongan Dari Anda Semua..