Jangan kasi lama

by 9:08 AM 0 comments


Beberapa minggu yang lepas,kita di hangatkan dengan isu penyanyi & band yang mana tidak dibayar dan kebajikan tidak terurus.Dalam masa yang sama,riuh dilaman sosial bagaimana hendak mendapatkan pembelaan sekiranya berlaku perkara perkara yang sebegini rupa.Apakah ada pihak yang dapat membela anda sebagai penghibur?

Jawapannya memang ada dan salah satu badan yang boleh membantu anda mendapatkan pembelaan atau jawapan kepada kesemua persoalan yang melibatkan dunia hiburan akan terjawap iaitu dengan mendeftarkan diri anda sebagai PESERTA di dalam Prism

Pada yang belum lagi mengetahui apa itu PRISM,korang boleh baca di sini dan disini juga.Sesudah anda memahaminya dan ingin mendaftarkan diri di dalam badan tersebut sebagai peserta,korang kena mengisi borang yang telah ditetapkan.


Baru baru ini,saya telah mendapat info dari seorang yang sudah tidak asing lagi dalam industri muzik di Sabah terutamanya di Kota Kinabalu iaitu En Moses De Silva.Dalam pesanan yang dihantarkan melalui laman sosial tersebut,beliau memberitahu dimana jika masa dah sampai,dan sambutan dari pemuzik semua dah ramai,dia akan mengadakan sessi taklimat berkenaan ini dimana dia akan menjemput PRESIDEN Prism sendiri datang ke Kota Kinabalu.Pada masa itulah,anda yang bergelar PEMUZIK,akan mengenal pasti hak hak anda yang haurs anda pertahankan.

Tetapi,sebelum itu En Moses telah mencadangkan agar pada yang berminat untuk menjadi ahli,sila isi borang keahlian dan serahkan kepadanya secepat mungkin.Terdapat 2 borang yang harus diisi iaitu Borang kehalian & borang pendaftaran lagu.Kedua dua borang ini ,anda boleh muat turun melalui link dibawah:-


  1. Borang menjadi Ahli PRISM
  2. Borang Pendaftaran Lagu


Tidak dinafikan dimana ada segelintir pemuzik kita yang masih belum terbuka hati untuk serius dalam bekarya terutamanya dalam bidang muzik ini.Mereka hanya nak main muzik untuk suka suka.Akan tetapi,sampai satu masa bila ianya sudah sebati dengan diri anda dan sudah menjadi karier anda yang tetap,perkara ini akan datang sendirinya untuk anda tampil kedepan mendapatkan hak yang sepatutnya.

Kepada yang dapatkan hak anda sebagai pencipta lagu,lirik serta mengetaui hak hak yang lain,sila isi borang menjadi ahli PRISM dan pendaftaran lagu anda untuk dimana akan datang.

Insyallah,selepas ini tidak akan ada lagi masalah lagu tidak dibayar,persembahan tidak mendapat habuan dan macam macam lagi yang tidak sepatutnya timbul.Apa pun,kita semua kena peka dan keep on asking tentang isu isu sebegini.Cari pihak yang sesuai bertanyakan soalan dan bukan main taip di Facebook mahupun di Twitter


p/s
saya bukanlah pemuzik,tapi saya nak support anda dari belakang saja sebab...

KALAU BUKAN KITA,SIAPA LAGI 

BRo Langau

Penulis Blog

Blog Yang Memberitahu Perihal Pemuzik Tempatan Khususnya Di Sabah.Yang Mana Meraka Ini Perlukan Sokongan Dari Anda Semua..