Battle of the band (SemiFinal B)

by 11:46 AM 0 comments

Pada mulanya memang nak pergi tengok battle ni untuk acara FINAL saja iaitu 24 julai 2012.Akan tetapi,pada hari tersebut dah masuk bulan puasa dan ada aktiviti yang dilaksanakan di malam hari.Jadi ,saya ambil keputusan untuk pergi tengok Semi final saja lah iaitu semalam 17 Julai 2012.Kalau lihat gambar diatas,bayaran masuk telah ditetapkan Rm15 untuk seorang akan tetapi,saya nak ucapkan jutaan terima kasih kepada penganjur iaitu Evelyn Lim Events (E.L.E) atas dapat free acess masuk untuk menyaksikan battle ini.tak lupa juga kepada Zul Khaliff serta Dj iskatambula atas peluang menyaksikan battle ini.


Sebelum acara bermula,saya ternampak mamat ni sedang BZ diluar premis.Korang kenalkah siapa mamat ni.?hahah, nilah  Appy Tots yang sedang betulkan AMP gitar yang ada sedikit masalah.Katanya nak ganti fius,lepas tud dah ok lah ni AMP.Boleh tahan juga dia ni,all benda dia mampu kasi settel.Almaklumlah,salah seorang event organiser.kena tahu nak handle masalah masalah macam ni kan.Weldone lah bro...

                                         

Emcee bagi acara ini adalah rakan seperjuangan juga yang sudah tidak asing lagi sekitar KK & tuaran terutamanya iaitu Dj Salipar jipun atau nama sebenarnya Roger.Memang hebatlah cara dia kendalikan program dimana penonton yang ada dalam event ini tidak boring dengan celoteh yang selamba.Ditambah lagi dengan pengetahuan yang luas dalam ilmu muzik ini.Almaklumlah,dia juga seorang lepasan IPTA iaitu UMS dalam bidang muzik.So,benda benda macam ni dah basic baginya dan harus di kongsikan kepada umum.


Persembahan pertama dimulakan dengan sebuah band yang tidak asing lagi dalam arena Battle of the band.band ini berasal dari Pitas dan dikenali dengan nama HOKAGE X yang mana diketuai oleh Cikgu Os.Seperti yang saya jangkakan mereka tetap membawakan lagu sendiri yang mana salah sebuah lagu tersebut adalah lagu fav saya sendiri iaitu BUNGA REFLISIA.Persembahan mereka memang mantap dan menag sesuailah band mereka ini diletakkan sebagai band pertama yang membuat persembahan.Mana tidaknya,sejak mula hingga selesai mereka mempamerkan mutu persembahan yang aggresif.


Saya mengenali band ini sejak 2 tahun lalu dimana ketika itu mereka menyertai acara battle of the band yang dianjurkan oleh DBKK.Sejak itu saya dah mula tahu dan yakin bahawa band ini mampu setanding dengan band band lain dan karya mereka juga memang bagus.Cuma,mungkin band ini belum bersedia untuk merakamkan lagu atau mengeluarkan EP mereka untuk santapan para peminat peminat mereka.Insyallah,satu hari nanti lagu RAFLESIA akan kedengaran di corong corong radio serta dijas\dikan koleksi para peminat mereka.


Band kedua yang mempersembahan adalah band yang berasal dari Tuaran.Mereka dikenali sebagai Woodpecker.baru baru ini mereka telah menjuarai acara Battle of the band yang berlangsung di Daerah Telupid yang mana mereka berjaya membawa pulang hadiah utama iaitu Rm3000.Kali ini mereka sekali lagi ingin mencuba nasib di tempat sendiri iaitu KK.Seperti yang diketahui,band ini memang suka membawakan lagu lagu dari kumpulan Dream Theater.Rasanya kesemua ahli kumpulan ini memang menjadikan kumpulan Dream Theater sebagai band inspirasi mereka atau dalam erti kata lain..Influence


Tidak dinafikan yang suara  Atet memang power bila dia buat persembahan.dibantu lagi dengan kelincahan gitaris mereka iaitu Romie. Boleh dikatakan mana mana stage battle ogfthe band,mereka anggap stage tersebut adalah konsert bagi mereka melepaskan geram dan bagi all out kepada penonton.Saya dapat tahu yang pemain drumm asal band ini iaitu Moli tidak dapat turun atas sebab sebab yang tidak dapat dielakkan.jadi,jawatan tersebut diganti dengan pemain drum simpanan mereka iaitu DATU.Sememangnya mereka berdua ini iaitu MOLI & DATU memang terrer bermain drum.Cuma,bergantung kepada penonton yang menilai kecampinan mereka.tapi,semalam saya lihat DATU menggunakan Ear protection bagi mendapatkan beat yang mantap serta konsentrasi yang jitu bagi menghasilkan keserasian dalam muzik yang mereka bawakan.


Band woodpecker ini memang salah satu band fav aku yang mana corak persembahan dan showmanship mereka semua yang amat memukau mata penonton.Diharap band ini dapat masuk final dan kalau boleh cuba dapatkan takhta kejuaraan acara ini untuk menambah lagi fiala anda di rumah serta akaun bank anda.:)


Kapak & the Genk adalah band ke3 yang mengambil bahagian.Sebenarnya mereka semua ini adalah anggota kumpulan Makhluk yang terkenal dengan pengaruh muzik rock kapak 80an.Mungkin mereka ingin mengaburi mata penonton serta juri dengan mencuba nama baru dalam pertandingan ini iaitu Kapak & The Genk.kalau dilihat dari segi pemakaian serta rambut mereka,terserlah pengaruh rockers ditahun 80an kembali bersinar.Apa lagi lagu lagu yang dibawakan pada malam itu adalah 100% lagu ciptaan mereka sendiri.


Seperti yang kita tahu,band ini adalah satu satunya band yang masih mengekalkan konsep rock kapak dan buat masa ini belum ada mana mana band yang ingin mengikuti jejak mereka terutamanya dari segi persembahan,pemakaian serta menyimpan rambut yang panjang.Dari itu,aku memalg salutelah dengan band ini yang seolah olah tidak pernah rasa puas dengan mengikuti mana mana acara battle of the band.Bukan saja sekitar KK,malah mereka telah berani keluar dari kepompong iaitu pernah menyertai acara battle di Tawau &  Pulau Labuan.Inilah semangat yang haris ada pada semua band band di Sabah ini terutamanya.Ikut battle bukanlah nak menang,tapi pengalaman tu yang tidak ada nilainya.memang betullah,siapa tak mau menjadi juara kan.Tapi,bergantung kepada diri anda sendiri.Kalau anda yakin dan jujur dengan apa yang dilakukan,Insyallah,apa yang anda persembahkan akan dapat ganjarannya.Tidak pun menjadi juara,mana tau dilamar untuk merakamkan lagu oleh suarikat syarikat rakaman kan..:)


Band yang ke4 ini adalah sebuah band yang berasal dari Keningau iaitu THE LIGHT BAND.Kelihatan dari segi pemakaian mereka ala ala rock kapak juga lah.Pada menerhatian saya,sejak mula mereka buat persembahan ternyata mereka ini dah pernah buat show di khalaak ramai.mana tidaknya ,cara penyanyinya menyampaikan kata kata pembukaan dah boleh anggap boleh tahan juga la.Akan tetapi,pertandingan ini berteraskan keserasian semua ahli kumpulan.Dan,apa yang saya lihat,hanya vokalisnya sahaja yang memainkan peranan di atas stage.Yang lain itu masih lagi ada perasaan maul dan segan segan nak tonjolkan bakat.


Sekiranya band ini tidak dapat masuk final,jangan bersedih ya bro.perjalanan masih jauh dan rajin rajinkanlah diri anda mengikuti mana mana gigs mahupun battle yang bakal di anjurkan nanti.Dengan cara ini,kamu semua dapat menimba pengalaman yang tidak ada nilannya.Disampin dapat menambah kawan yang se aliran dengan kamu iaitu aliran muzik rock


Nama band ini adalah THE MAD ANCHOVIES yang mana pada mulanya corak persembahan mereka tidak dapat memukau penonton.Akan tetapi,lepas beberapa minit dah panaskan minyak,ternyata crowd dah mula bersorak dan sing along dengan mereka.Mana tidaknya kalau tak silap,mereka membawakan lagu dari kumpulan MUSE.Dalam masa yang saya,saya ternakpak tauke lokasi event ini juga turut berada di hadapan stage untuk bebrikan support kepada band ini


Seperti biasalah,komen dari juri amat membina untuk bekalan di masa akan datang.Dari itu,band ini harus banyak belajar dari band band lain yang mana corak persembahan dan juga keserasian di atas stage amat di titik beratkan ketika menyertai program seumpama ini.Telinga juri amat peka pada masalah masalah kecil yang kebiasaannya tidak dapat dikesan oleh band yang membuat persembahan.Tetapi,itu dah jadi asam garam dalam mana mana pertandingan.Apa pun,good luck kepada THE MAD ANCHOVIES



Sebelum ini salah seorang dari band ini telah menghantar msg di FB dan menyatakan yang mereka nak submit lagu dengan OnlineFM.Dan dia juga bertanyakan kalau kalau saya dapat datang untuk menyaksikan mereka berentap di dalam acara battle ini.Alhamdulillah,saya dapat meluangkan masa dan memang saya lihat band punk ini yang dikenali sebagai Riot In Asia amat berbakat sekali.Saya duduk memang di bahagian hadapan dan memang sesuai untuk menyaksikan kesemua persembahan.Pada pendapat saya,band ini mempunyai kekuatan dari segi vokal.Cuma,pada malam tu vokalisnya tidak dapat memberikan full konsentrate disebabkan keadaan mic stand yang tidak berapa selesa.Memang jelas sekali dan agar sukar nak pastikan mic berada betul betul dihadapan mulut dimana kedua tangan memegang gitar.Ini adalah antara cabaran penyanyi yang bermain gitar dalam masa yang sama.


Kalaulah band ini ini layak masuk ke final,ini bermakna kamu kena pilih lagu yang lagi mantap dan sesuai dengan keadaan sekeliliang.Akan tetapi,lagu lagu yang kamu pilih semalam tu memang cool dan semua crowd enjoy.seakan akan itu mini konsert Riot In Asia.Apa pun,saya tetap support dan menanti stuff dari band ini dan lagu tersebut akan di putarkan di radio OnlineFM

                           

Lihatlah antara crowd yang hadir dan memberi support kepada band band pilihan mereka.Boleh dikatakan kesemua ini terdiri dari golongan peminat band band tempatan yang mana mereka ingin band tersebut menyerlah di masa akan datang.Mungkin lokasi event ini agak sempit,namun ini merupakan satu langkah pertama penganjur menyediakan ruang untuk mana mana band menonjolkan bakat mereka dalam bermain muzik


Kelihatan sahabat yang seangkatan yang sedang melaksanakan lintas langsung melalui radio atas talian.Ianya dikendalikan oleh Dj iskatambula yang sudah dikenali ramai.Disebelahnya tu pulak (kiri) kelihatan orang kuat komuniti Macam di KK iaitu Viscount Datu Markos.Dengar cerita mereka sedang mengaturkan beberapa program yang berkaitan muzik dalam masa terdekat ini.Jadi,nantikan info lanjut dari pihak mereka



Pada malam itu juga,kelihatan beberapa stuff yang sedang dijual oleh penganjur iaitu koleksi DVD Battle Of The band dari mula hingga yang terkini.DVD ini dikendalikan oleh Zul Khaliff dan kepada mereka mereka yang ingin menjadikan koleksi peribadi,sila kontek beliau.Harganya amatlah berpatutan dan kualitinya dijamin mantap.



Inilah juri yang mengadili semifinal sejak mula hingga ke final.Mereka terdiri dari Brader TROY (hujung sekali) Kay @ WORM (ditengah) & Zul Khaliff (depan).Keptutsan yang dibuat oleh mereka bertiga amatlah profesional kerana mereka telah lama didalam music scence di Sabah ini dan mahir dalam bidang penjuriaan bagi acara battle of the band ini.Dan dengar cerita kesemua juri juri ini telah membuat persembahan istmewa sementara menanti keputusan diumumkan oleh EMCEE...



Siapa tak kenal dengan mamat ni.namanya adalah Nai@Summernine Bassist bagi kumpulan Summernine yang kini aktif dengan karier sebagai seorang jurugambar profesional.Dia telah diamanatkan untuk mengambil gambar bagi acara battle ini dan akan di masukkan didalam media mainstream.Wahh,cayalah bro...

p/s
Saya tak dapat menyaksikan hingga acara selesai kerana masa tidak mengizinkan.Dan saya memerlukan info dari pada sesiapa yang tahu band manakah yang melayakkan diri masuk ke acara FINAL

BRo Langau

Penulis Blog

Blog Yang Memberitahu Perihal Pemuzik Tempatan Khususnya Di Sabah.Yang Mana Meraka Ini Perlukan Sokongan Dari Anda Semua..