Rahsia kemenangan Team 19

by 10:15 PM 0 comments

Memang best plak game LAWN BALL ni.Mulanya malas juga nak main.Tapi,gara gara nak support belia belia Inspirasi Kinabalu,aku datang dan tengok sendiri bagaimana sukan ini dimainkan.Pada mulanya,memang tiada semangat,sebab faktor cuaca yang menjadi penghalang.

Atas sebab team tak sampai 30,saya dan Tomm tidak berpikir panjang terus ke meja pendaftaran dan masuk dalam kumpulan 19 yang mana dianggotai oleh sorang warga belia iaitu brader Matt.So,kami bertiga dalam satu kumpulan iaitu team 19.

 Mr Bob (62yr) & Mr Alph(73yr)
Sebelum perlawanan bermula,aku ternampak 2 orang mat salleh sedang bermain Lawn Ball.Hampir sejam lebih mereka di tengah padang yang panas tu,dan akhirnya mereka berhenti bermain dan duduk mengambil udara nyaman iaitu di barisan belakang belia belia yang sedang mendengar ucapan pengarah.

Tanpa rasa malu,aku approch mereka dengan bahasa english yang hancus..Ohhh My Englishhhhhhhhhhhhh,aku peduli apa kan.Yang penting mereka paham dan aku paham apa mereka cakap.Rupanya mereka berdua ni(dalam gambar) adalah wakil negara Australia yang akan bertanding pada hari isnin ini (24.6.2012)sempena Borneo Lawn Ball Tournament.Perghhhh,rupanya otai tu....

Aku bertanyakan lah bagaimana nak main benda ni,cara pegang bola ni,cara lontaran yang sesuai,bagaimana nam=k buat korner baring yang paling cun,dan macam macam lagi lah.Yang heran dia buli buli dia ajar aku all out.Dan akhirnya....lihat gambar dibawah...


Team kami dinobatkan sebagai JUARA pertandingan.Kahkahkhakhkahkha,memang magic lah kan,1st time main ni barang,terus JUARA.Apa pun aku tak lupa mengucapkan jutaan TQ sama (Mr Bob & Mr Alph) sebab telah memberi tips tipn yang amat berguna kepada aku yang mana merupakan pemain kali pertama ini.Sampai mereka berdiri dibelakang aku semasa melontar bola tersebut dan menegur beberapa kesilapan yang aku lakukan semasa perlawanan


Aku dan Matt serta Coach tidak ketinggalan mengambil gambar kenang kenangan semasa perlawanan.Coach juga banyak membantu dalam bermain game ini.Sampai dia kata,Macam pernah nampak muka ko lah BRO,tapi di mana aah?...ada kisah nya tu,..hehhe

So,Brader TOMM telah mendapatkan borang menjadi ahli persatuan Lawn Ball Sabah dan kami bercadang menjadi ahli dan akan mulakan latihan secepat mungkin.Insyallah,ak akan ajak isteri sekali dalam bermain sukan ini kerana ianya memerlukan strategi dan konsentrasi yang tinggi bagi mengalahkan pihak lawan.

Jadi,siapa nak join?silakan...kita jumpa di padang Lawn Ball...:)

BRo Langau

Penulis Blog

Blog Yang Memberitahu Perihal Pemuzik Tempatan Khususnya Di Sabah.Yang Mana Meraka Ini Perlukan Sokongan Dari Anda Semua..