Kursus PERCUMA untuk BELIA

by 12:57 PM 0 comments
Credit pic to www.wanitaisma.net


Sempena minggu terakhir persekolahan ini,luangkan sedikit masa untuk adik adik anda serta sahabat handai untuk menyertai sebuah program PERCUMA yang berunsurkan keislaman.Sekiranya sudi,tolong hebahkan maklumat ini kepada sesiapa sahaja melalui laman FB anda agar ada pihak yang dapat memanfaatkan peluang  emas ini.

Sebentar tadi saya telah mendapat panggilan talifon dari salah seorang pegawai Belia & Sukan (persekutuan) Sabah dimana satu kursus PERCUMA akan diadakan pada 8 - 10 jun 2012 ini.iaitu Jumaat hingga ahad ini.bertempat di Komplex Belia & Sukan (persekutuan) Sabah yang terletak di Pasir putih, Putatan.

Program ini terbuka kepada yang beragama islam sahaja.Dan peringkat umur 13 hinggalah ke 25tahun digalakkan untuk menyertainya.Tiada sebarang BAYARAN dikenakan untuk menyertai program 3 hari ini.Semuanya di tanggung oleh penganjur.

Kepada sesiapa yang berminat atau mempunyai keluarga yang dalam lingkungan peringkat umur 13-25 tahun,sila mendaftar dengan segera.Anda boleh menghubungi En Korie di talian 01116399903 atau boleh terus ke Komplex Jabatan Belia untuk mendaftar.

BRo Langau

Penulis Blog

Blog Yang Memberitahu Perihal Pemuzik Tempatan Khususnya Di Sabah.Yang Mana Meraka Ini Perlukan Sokongan Dari Anda Semua..