KJ dapat cuti seminggu

by 10:50 AM 0 comments


Memang seperti yang kita ketahui dia terkeluar dan tak dapat meneruskan perjuangannya dalam sebuah program terbitan TV3 iaitu MENTOR.KJ atau nama sebenarnya ABDUL KADIR BIN HJ UNDING LANA telah ada di Kota Kinabalu untuk bercuti selama seminggu sahaja.

kemarin pagi,saya telah mendapat panggilan talifon dari keluarganya dan memberitahu yang KJ akan sampai sekitar jam 2-3 petang di Airport dan mengajak sanak saudara serta sahabai handai dan suppotersnya hadir ke lapangan terbang tersebut.namun,saya memang tak dapat excape dari pejabat dan mengambil keputusan untuk bertemu KJ di rumahnya di Likas.

So,lepas kerja saya terus menuju ke rumahnya dimana Ibu KJ telah menanti kehadiran aku dan isteri.Memang hapenninglah suasana di rumah KJ.Dimana all member BORNEO CREW ada disana serta keluarga nya.Semua tetapu,penyokong KJ telah di jamu dengan makanan serta ucapan JUTAAN TERIMA KASIH atas support yang diberikan oleh warga Sabah sama ada dari keluarga sendiri mahupun sahabat handai.


                                                                                       

Sempat juga saya bertanyakan kepada ibu KJ tentang langkah seterusnya setelah selesai MENTOR ini.Ibu KJ memberitahu yang KJ buat masa ini akan bernaung dibawah jagaan MENTORnya iaitu ADAM dan insyallah KJ cuba sedaya upaya untuk bertahan dalam industri yang sedang di hadapinya iaitu industri hiburan.

Menurut ibu KJ lagi,insyallah dalam masa terdekat ini mereka akan mengadakan satu jamuan majlis kesyukuran (DOA SELAMAT) dan akan menjemput semua penyokong KJ kedalam majlis tersebut.Cuma,sekarang ini mereka sedang mencari masa dan lokasi yang sesuai.Apa punianya akan diberitahu melalui FB KJ iaitu KJ Mentor 6

menurut KJ lagi,dia hanya dapat kebenaran bercuti balik KK dalam seminggu sahaja.lepas tu,dia kena balik ke KL dan meneruskan proses ROAD TOUR MENTOR 6 hingga ke final.Walaupun KJ dah terkeluar,harap kita yang ada di Sabah ni terutamanya sentiasa menyokong dan memberikan semangat moral kepada KJ agar beliau dapat mengharumkan nama SABAH dalam industri hiburan di Malaysia ini.

Teruskan support anda sebagai warga sabah yang sentiasa memberikan sokongan moral kepada KJ dan semestinya restu kedua ibu bapa KJ juga sentiasa menjadi bekalan KJ untuk bertahan dan membawa nama Sabah setanding dengan penyanyi serta penghibur yang ada di Malaysia ini.

                                                   "Kalau bukan Kita,siapa lagi"

BRo Langau

Penulis Blog

Blog Yang Memberitahu Perihal Pemuzik Tempatan Khususnya Di Sabah.Yang Mana Meraka Ini Perlukan Sokongan Dari Anda Semua..