Studio rakaman di Tawau

by 3:58 PM 0 comments

Minggu lepas aku berkesempatan membuat kerja luar di daerah Tawau dan dalam masa yang singkat aku sempat menjenggok salah sebuah studio yang menjadi harapan band band tawau dan sekitarnya iaitu Smile studio.Niat dihati adalah untuk betrjumpa dengan taukenya iaitu Jun Jun,tapi malangnya masa tak sesuai dimana dia tiada dalam studio.Yang hanya ada pekerjanya dan beberapa pemuzik tawau yang sedang lepak di sana


Studio ini terletak betul betul di tengah bandar Tawau dan memang mudah untuk dikesan.dengar cerita sejak kebelakangan ini,memang ramai band telah merakamkan lagu DEMO,SINGLE mereka disini.Pelbagai konsep serta genre telah siap dilaksanakan oleh sound engineernya iaitu Jun Jun.Cuma,saya tak sempat mendapatkan salinan lagu lagu tersebut.Insyallah,mereka akan menghantarkannya menggunakan email dan lagu tersebut akan di mainkan di OnlineFM


Studio ini memang luas dan ianya menjadi pilihan beberapa penganjur gigs melakukan program tersebut di dalam studio ini.Insyallah pada hujung bulan ini,satu gigs akan berlangsung disini dan menjadi lokasi tempat berkumpulnya belia belia yang minat akan muzik termasuk yang berada di luar Tawau


Kelihatan Pak Tam dari band Noisy Crush ada di sana serta temannya.Mereka banyak memberikan informasi yang berlaku di daerah tawau sejak kebelakangan ini.


Siap ada kawasan santai VVIP lagi woo..inilah kelebihan di Smile Studio ini.Pelbagai kemudahan untuk pengunjung telah disediakan


Ini pula adalah bilik rakaman dimana boleh tahan luasnya dan ternyata amat selesa bagi sesiapa sahaja yang ingin merakamkan lagu.Kesemuanya tersusun rapi dan sentiasa diperika akan gadjet gadjet tersebut oleh pekerja pekerja studio ini


Kurang 30min aku di dalam studio ini,nyata memang tak cukup rasanya untuk mencari bahan untuk dikongsikan pada penbaca blog ini.Tapi,adakah juga yang membaca bloh ini aah???

Its ok,tiada paksaan juga bah kan,yang penting nawaitu tu tetap utuh dan ianya tetap akan dikekalkan untuk kebaikan pengiat muzik tempatan terutamanya sekitar Sabah kerana KALAU BUKAN KITA,SIAPA LAGI..



BRo Langau

Penulis Blog

Blog Yang Memberitahu Perihal Pemuzik Tempatan Khususnya Di Sabah.Yang Mana Meraka Ini Perlukan Sokongan Dari Anda Semua..