Pocong di Stadium Likas

by 12:07 AM 1 comments


Memang terlalu lama aku tak update blog ini.Bukannya tak nak update,cuma masa yang menjadi alasan kukuh .Tapi,biar pun lewat malam,tetap juga nak update sedikit malah artikel pertama yang tiada kaitak dengan muzik.

Ini merupakan kali kedua dimana aku mendapat sponser Tekit VVIP dari GRACE ONE (company yang sponser jersi sabah).Alhamdulilah dan syukur serta jutaan terima kasih kepada pegawai tersebut yang sudi mengajak sama sama menyaksikan perlawanan Sabahawk menentang Selangor.Ini kali kedua aku hadir di stadui Likas untuk menyaksikan perlawanan bola sepak.Memang tidak dinafikan support dari warga Sabah memang hebat dan mantap.Dibantu dnegan tiupan TROMPET buatan sendiri yang sentiasa ada dijual kepada yang ingin mendapatkannya dengan harga yang berpatutan 


Seperti biasa pasukan Sabah menyarungkan jersi bewarna merah yang ada tertera GRACE ONE selaku main sponser.Permulaan perlawanan memang berpihak kepada pasukan Sabah dimana strategi menyerang memang berkesan sekali dari coach Gustin Ganai pada kali ini.Ini terbukti dengan jaringan Gol oleh pasukan Sabahawk.

Kawasan hujyng stadium memang di KHASkan untuk penyokong kuat SabaHawk yang sentiasa melontarkan  lagu lagu semangat serta slogan slonag yang menjadi pemanking kepada pemain pemain Sabahawk.Kali ini aku terlihat kelibat makhluk yang menakutkan ada di kawasan tersebut.Rasanya ini adalah kali pertama dimana makhluk tersebut bersama sama pasukan penyokong tersebut.Atau aku yang kali pertama terlihat mereka.


Insiden permainan kasar serig kali berlaku dari pasukan Sabahawk dan juga pasukan lawan iaitu Selangor.Dan yang paling ketara adalah sikap pengadil yang seolah olah berat sebelah.Tapi,kita sebagai penonton hanya mampu berteriak tidak puas hati,namun segala keputusan terletak kepada pengadil tersebut.Sabar saja lah....


Ini plak keadaan masa rehat atau break time dimana penonton mengambil kesempatan mengisi perut yang kosong dengan menu menu yang disediakan di kawasan stadium likas.Pelbagai juadah ada disediakan dengan harga yang berpatutan.Antara menu yang paling larik dan femos adalah BURGER dan mnuman TIN.Almaklumlah,senang untuk di pegang dan dimakan...


Sekelompok penyokong Selangor yang memberikan sorakan gemuruh bila pasukan kesayangan mereka berjaya menjaringkan GOL pada separuh masa yang kedua.Walaupun mereka sedikit,namun mereka tetap stedy dan enjoy menyaksikan game tersebut.Begitu juga dengan penyokong Sabah yang memang profesional terhadap pelawat dimana segala kata kata yang tak sepatutnya habis ketika perlawanan tersebut.Tak lebih dari itu...


Inilah kelibat Makhluk yang saya terlihat bersama sama penyokong Sabahawk memberikan sorakan padu terhadap pasukan Sabah.Dengan memakai kain kafan seolah olah MAYAT,dia bejaya menarik ramai peminat untuk mengambil gambar bersama mereka.Harap next game,mereka ini masih mengenakan pakaian ini untuk memeriahkan suasana perlawanan menentang Perak pada 14 Hb nanti.



Bukan 1 malah 3 orag yang mengenakan pakaian selah olah POCONG dimana setiap mereka memilih kain kafan berwarna Merah,Putih dan Biru sdimana ianya adalah warna asas bagi negeri Sabah.Apapun,mereka memang cool & best.


Penyokong kuat pasukan Sabah yang tak pernah diam dan sentiasa memberikan sorakan gemuruh kepada pasukan Sabahawk.Dengan berbekalkan beberapa alat muzik seperti DRUM dan trompet kecik,mereka habis habisan memberikan support kepada Sabahawk untuk tanda membawa kemenangan besar pada match kali ini.Namun,keptutsannya adlaah seri iaitu 1-1


Dua orang aweks yang sempat memberikan posing ayu dan ceria walaupun penat memberikan support pada pasukan Sabah.Mereka berdua ni memang best la.hopefully dapat jumpa lagi untuk next game..


So,inilah antara kenangan aku menyaksikan perlawanan Sabah menentang pasukan Selangor beberapa hari yang lepas.Insyalah,kalau ada rezeki,sama sama kita berikan full support kepada SABAHAWK pada 14 April ni dimana mereka akan menentang pasukan PERAK.

Jom datang beramai ramai untuk menyaksikan perlawanan ini.Besar kemungkinan POCONG bertiga tersebut kian menganaz dengan laungan SUPPORT pada pasukan kita.Bak kata sorang mamat...

KALAU BUKAN KITA,SIAPA LAGI kan...

BRo Langau

Penulis Blog

Blog Yang Memberitahu Perihal Pemuzik Tempatan Khususnya Di Sabah.Yang Mana Meraka Ini Perlukan Sokongan Dari Anda Semua..