Zainal Abidin ada di KK

by 12:25 AM 0 comments

Lagu SURAYA,HIJAU,SEGALANYA MUNGKIN adalah antara lagu FAV aku yang di nyanyikan oleh sorang penyanyi penyanyi lagenda negara kita iaitu Zainal Abidin.Dipendenkkan cerita,abang Zainal rupanya ada di KK untuk proses promosi The Legendary Concert yang mana akan menampilkan 4 penyanyi lagenda iaitu AMY SEARCH, JAMAL ABDILAH,ZAINAL ABIDIN serta RATU JAZZ Malaysia tak lain dan tak bukan iaitu SHIELA MAJID.



Pagi tadi Zainal Abidin telah berada di studio KKFM daam segmen bual bicara berkenaan konsert lagenda ini.Segmen ini dikendalikan oleh Dj Saf yang mana mendapat sambutan hangat melalui pendengar radio internet.Saya sempat juga mendengarnya walupn sekejap dan terlihat ramai juga pendengar masa segmen tersebut.

Info terbaru yang saya dapat dari sahabat laman sosial yang mana merupakan sorang blogger hebat di Tawau iaitu Maya Wahida dimana Zainal Abidin akan berada di Komplex Karamunsing pada esok hari ( 24 March 2012) sekitar jam 1 untuk tujuan promosi.Pada yang tak kemana mana,jangan lupa menghadirkan diri ke lokasi tersebut.Manalah tahu,lagu SURAYA akan berkumandang di sana kan..:)

Macam mimpi plak bila tahu yang Zainal Abidin ada di KK kan.Beberapa hari lepas,alhamdulillah dapat berjumpa dengan AZLAN & The Typewriter.Insyallah,klu ada rezeki dan peluang dapatlah jumpa dan ambil gambar dengan penyanyi lagu SURAYA ni.Saya besar dengan lagu lagu macam ni,sudah pasti tak kan lupa kehebatan lagu ini yang mana sampai kehari ini ianya masih segar dalam ingatan.Jom kita layan lagu ni...:)


                                                            

BRo Langau

Penulis Blog

Blog Yang Memberitahu Perihal Pemuzik Tempatan Khususnya Di Sabah.Yang Mana Meraka Ini Perlukan Sokongan Dari Anda Semua..