KJ jadi protege ADAM

by 10:33 AM 0 comments

Kalau saya tak silap,nama brader ni Abdul kadir Bin Hj Unding Lana.Merupakan anak kelahiran dari daerah Semporna.Dia juga dikenali dengan nama KJ.Sudah tentu warga KK dah kenal dengan dia ni dimana dia adalah ketua kumpulan bagi salah sebuah kumpulan tarian modern yang dikenali sebagai tarian B-BOYZ iaitu Borneo CREW

Rupanya KJ adalah FOUNDER kepada Borneo CREW yang mana sudah menjangkau usia 5 tahun penubuhannya.Ternyata semangat yang ada pada KJ ni sehebat tariannya bersama sama team mate yang lain.Selain menari dia ni juga minat menyanyi.Almaklumlah darah muda yang panas membara kan..

 


Pernah juga terlihat dia ni mengikuti pertandingan karaoke sekitar KK,dan berbekalkan semangat itulah KJ mencuba nasib menyertai program rialiti TV yang dikenali sebagai Mentor.yang mana dah mencapai edisi ke enam sudah di tahun 2012 ini

Pada sessi ujibakat di hotel Le Meredian tempoh hari,saya & family telah menyaksikan beratus ratus peserta Mentor 6 ini.Bukan apa,nak tengok member member ikut ujibakat.Dan masa tu saya terserempak dengan KJ dan sorang lagi membernya.Dia kata pun yang dia nak test test jak ni ujibakat.

 
                                                                           

Bak kata pepatah,tuah ayam nampak dikaki,tuah manusia,siapa yang tahu.Rupanya KJ terpilih dan berjaya menambat hati mentor yang dipilihnya iaitu ADAM.Ternyata ADAM juga merupakan sorang artis yang ada kelebihan selain menyanyi,dia juga bleh menari.So,taksalahlah pilihan ADAM untuk mengambil KJ sebagai Protegenya.

Berbekalkan semangat Keluarga serta kawan kawan seperjuangan,KJ telah melangkah ke IBUKOTA Kuala Lumpur untuk mengikuti proses pembelajaran yang mana secara amnya akan mencabar kemampuannya dalam 2 bidang iaitu menyanyi dan menari dan juga kesabaran fizikal dan juga mental.


Seperti kata kata Borneo crew lets put some MUCH LOVE & RESPECT dan janga lupa menyaksikan Mentor 6 setiap Ahad jam 9 mlm hanya di TV3.

BRo Langau

Penulis Blog

Blog Yang Memberitahu Perihal Pemuzik Tempatan Khususnya Di Sabah.Yang Mana Meraka Ini Perlukan Sokongan Dari Anda Semua..