Azlan & The Typewriter di Komplex JKKN Sabah

by 2:14 PM 0 comments

Terkejut juga bila dapat info yang Azlan & The typewriter bakal perfom di Komplex terbaru Jabatan Kebudayaan & kesenian Sabah yang terletak bersebelahan Taman rimba Tropika pada hari esok iaitu 21 March 2012 (Rabu).kannn,anda juga macam tak percaya kan.Tapi,kenyataannya dah terang dimana penganjur telah menghebahkan di laman sosial dan kini sedang menarik pembaca dan bakal penonton

Info ini aku perolehi dari sahabat FB iaitu Mr Halim Md Ishak melalui ruangan promosi event nya iaitu KONSERT PRA PERASMIAN KOMPLEKS JKKN SABAH.Selain Azlan ada ramai lagi artis tempatan yang bakal mengegarkan pentas JKKN tersebut.Antaranya adalah:-

Felix AF

Ebi AF

Rubisa AF
Rasanya ramai lagi penyanyi tempatan bakal memeriahkan majlis PRA perlancaran komplex baru tersebut .Inilah yang diharapkan oleh penyanyi serta pemuzik tempatan dimana mereka dijemput untuk menyumbangkan suara serta cuba menghiburkan bakal penonton yang hadir ke majlis ini.

Menurut sumber lagi,pihak penganjur tidak mengenakan tiket untuk program ini dan ianya PERCUMA untuk warga Sabah yang ada di sekitar kota Kinabalu terutamanya.Datanglah beramai ramai untuk menyaksikan persembahan mereka dan jangan lupa bawa kamera anda untuk menagkap gambar penyanyi kesayangan anda.

kalau berpeluang bergambar secara INPERSON,jangan lepaskan peluang tersebut dan jadikan ianya PROFILE PICTURE di laman FACEBOOK anda keesokkan harinya..:)

BRo Langau

Penulis Blog

Blog Yang Memberitahu Perihal Pemuzik Tempatan Khususnya Di Sabah.Yang Mana Meraka Ini Perlukan Sokongan Dari Anda Semua..