Taruhan kedua Shockwave Entertainment

by 9:53 AM 0 comments

Alhamdulillah,nampaknya kepercayaan dari pihak yang terlibat dalam gigs pertama telah membuahkan hasil dimana untuk kali kedua,penglibatan beberapa pihak antaranya Majalah hiburan No1 di Sabah iaitu kkbandwidth dan Sound sistem No1 di Sabah juga iaitu MEGA BOOGIE menjadi sponsership kuat pada penganjuran gigs ini.Bukan itu saja,banyak lagi pihak yang turut serta bekerjasama dengan penganjuran ini sepertimana yang anda lihat di bawah flyers kat atas tu.

FEAR THE TITANS 2012 yang di terajui oleh Shockwave Entertainment KK bakal mengegarkan Kota Kinabalu dengan senarai band yang makin hebat.Gigs ini akan berlangsung di lokasi yang menjadi lokasi wajib bagi setiap gigs tak lain dan tak bukan iaitu COWBOY BAR yang terletak di tengah tengah bandaraya iaitu Asia City Shopping Complex.

Dipendekkan cerita,sudah pasti ramai yang ternanti nanti dan tercari cari akan info berkenaan gigs ini kan.No hal bah,korang just klik SINI dan semua informasi anda akan boleh ketahui.Yang penting,dapatkan tiket anda seawal mungkin di lokasi lokasi yang telah disenaraikan dalam link tersebut.bukan apa,beli awal awal lebih bagus,tak susah nanti.mana tau tiket SOLD OUT,siapa yang rugi kan..:)

Walaubagaimanapun,saya nak ucapkan TAHNIAH kepada penganjur gigs ini iaitu Shockwave Entertainment KK terutamanya kepada taukenya iaitu Amos & Nuk kerana berjaya mendapat support dari pencinta muzik muzik ini.Diharap lebih ramai lagi suppoters yang akan menjadi tulang belakang kepada penganjuran gigs yang akan datang.

Welldone bro... KALAU BUKAN SHOCKWAVE,SIAPA LAGI...

BRo Langau

Penulis Blog

Blog Yang Memberitahu Perihal Pemuzik Tempatan Khususnya Di Sabah.Yang Mana Meraka Ini Perlukan Sokongan Dari Anda Semua..