Program "OPEN STAGE Dataran Bandaraya" telah di batalkan

by 10:08 AM 0 comments

Seperti yang anda sedia maklum,Pihak DBKK pernah mengadakan sebuah program hiburan untuk masyarakat sekitar Kota Kinabalu sempena Sambutan KK bandaraya baru baru ini.Dimana program tersebut menyelitkan aktiviti dari pemuzik pemuzik KK memperlihatkan bakat mereka di stage yang telah disediakan oleh DBKK.

Oleh yang demikian,ramai antara band band ini masih tertanya tanya bilakah agaknya mereka akan diberi peluang untuk membuat persembahan.Seperti sebelum sebelum ini,mereka hanya perlu mendaftarkan nama band mereka kepada pegawai DBKK atau saya sendiri.Selepas itu,mereka akan di hubungi untuk membuat persembahan.Akan tetapi,setelah pihak DBKK membuat kaji selidik dan berbincang dengan pelbagai pihak,nampaknya mereka iaitu DBKK TERPAKSA memberhentikan program ini atas sebab sebab yang tak dapat di elakkan.

Oleh itu,saya memohon maaf kepada lebih 30 buah band yang telah mendaftarkan nama mereka untuk menyertai program ini.Nampaknya peluang anda untuk beraksi depan khalayak umum tak kesampaian dan saya sendiri berasa serba salah.Tapi apa kan daya,pihak penganjur iaitu DBKK yang mempunyai kuasa akan program ini.

Insyallah,saya akan beruasaha mencari peluang peluang lain untuk anda & band anda beraksi di pentas yang lain pula.Tak bermakna pihak DBKK memberhentikan program ini anda akan luntur semangat.Teruskan semangat juang anda dalam penghasilan lagu lagu sendiri,lirik lirik yang mampu menyentuh perasaan si pendengar dan insyallah lagu anda bakal di sukai ramai.

BRo Langau

Penulis Blog

Blog Yang Memberitahu Perihal Pemuzik Tempatan Khususnya Di Sabah.Yang Mana Meraka Ini Perlukan Sokongan Dari Anda Semua..