Pemuzik dari Matrikulasi Labuan

by 9:30 AM 0 comments

On The Top Of The Mountain & 1991 adalah dua buah DEMO yang mereka pertaruhkan dalam industri muzik underground sekitar Sabah ini.Yang mana kedua dua buah lagu ini terselit dalam fan page mereka iaitu Suistereo dan sememangnya mendapat reaksi hebat dari kalangan member member seunderground dengan mereka.

SUISTEREO adalah sebuah kumpulan yang ditubuhkan sejak 2009 yang mana di anggotai oleh 2 orang anak jati kelahiran Daerah Keningau iaitu Jano & Taqie yang mana merupakan salah sorang pelajar di Kolej Matrikulasi Labuan.

Muzik yang mereka pertaruskan adalah berkonsepkan Alternative & Indie rock dimana mereka ini masih lagi baru dalam industri ini dan amat memerlukan tunjuk ajar dari band band serta sesiapa sahaja yang sudi memberi bimbingan dari segi pengolahan lagu serta penulisan lirik.Walaubagaimanapun,buat masa ini,mereka secara amnya boleh mencipta lagu sendiri dimana DEMO mereka telah diperdengarkan di laman maya sudah lama.Alhamdulillah,melihat dari laman page mereka,agak ramai juga yang memberikan komen membina tentang lagu lagu mereka.



                                                           


Semestinya band ini mengharap agar dapat peluang membuat persembahan di mana mana pentas,gigs mahupun open jamm sebagai platfom mereka memperlihatkan karya yang lahir dari jiwa anak keningau ini.mereka sentaisa memasang azam dimana walaupun mereka jauh dari kepesatan banda r yang membangun,mereka iaitu SUISTEREO akan turut sama bersaing secara sihat untuk sama sama berganding bahu memartabatkan seni muzik yang lahir dari jiwa mereka.bak kata seorang brader kalau bukan kita,siapa lagi...

BRo Langau

Penulis Blog

Blog Yang Memberitahu Perihal Pemuzik Tempatan Khususnya Di Sabah.Yang Mana Meraka Ini Perlukan Sokongan Dari Anda Semua..