Malam untuk Pendatang Baru

by 10:28 AM 0 comments

Malam untuk pendatang baru?....jangan terperanjat dengan tajuk artikel kat atas tu.bagi suspen korang jak pun.By the way,ianya membawa maksud Malam dimana kebanyakkan mereka yang bakal menyanyi di pentas tersebut adalah pendatang baru atau mereka yang masih baru dalam dunia nyanyian dalam bentuk persembahan pentas.Mungkin sebelum ini,selalu menyanyi di dalam bilik tidur,K-Box atau di bilik mandi,Kini dengan adanya program OPEN MIC ini,anda boleh mencuba bakat anda sebagai penyanyi di atas pentas yang telah di sediakan secara akustik iaitu diiringi dengan muzik.

Event ini dianjurkan atas kerjasama erat antara majalah hiburan No1 di Sabah iaitu kk bandwidth dengan penyedia pentas sekaligus lokasi iaitu Chingu Cafe & Bar yang terletak di Waterfront Kota Kinabalu.Sudah tentu ramai yang mengenali kawasan lokasi ini dan amat mudah dikunjungi oleh sesiapa pun.

Event ini secara tak langsung dapat menjalinkan hubungan pemuzik baru dan lama dimana masa inilah pengunjung dapat berinteraksi berkenaan perkembangan terbaru industri muzik terutamanya di Kota Kinabalu.Lebih lebih lagi,yang bakal membuat persembahan di atas pentas tersebut dah memang mempunyai nama dalam persada seni tanahair mahupun international.Dan yang paling bestnya event ini adalah percuma dan tak perlukan tiket untuk menyaksikan persembahan dari mereka.Antara yang bakal membuat persembahan akustik adalah Lester @AndalusiaJade sistersRidah dan ramai lagi.

Kepada yang tak tau nak lepak dimana hujung minggu ini,inilah antara lokasi yang anda cuba kunjungi bersama rakan rakan anda.Sambil bersantai anda boleh mendengar dan melihat persembahan dari mereka mereka ini.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut,anda boleh klik DISINI...

BRo Langau

Penulis Blog

Blog Yang Memberitahu Perihal Pemuzik Tempatan Khususnya Di Sabah.Yang Mana Meraka Ini Perlukan Sokongan Dari Anda Semua..