Akustik Jamm di cafe Food Court

by 11:36 AM 0 comments

Baru baru ini saya telah mendapat satu panggilan talifon dari seorang pengusaha gerai makanan (FOOD COURT) sekitar daerah Putatan.Dalam perbualan tersebut,ternyata dia inginkan aktiviti hiburan yang ringan berlangsung di tempat beliau.Jadi,saya pun telah membuat temu janji dengan beliau di cafenya yang memang besar dan luas.Yang paling best dimana terdapat satu kawasan (STAGE) yang dapat memuatkan 4-5 orang untuk membuat persembahan santai (akustik)

Setelah berbincang dengan pengusaha tersebut,memang sah yang dia berbesar hati MENYEDIAKAN TEMPAT untuk sesiapa yang ingin menonjolkan bakat bremain alat muzik.kalau boleh,biarlah secara akustik.Ini kerana tempat tersebut adalah kawasan menjamu selera dan tak sesuai kalau ada LIVE BAND.

Setelah itu,dia telah memberikan saya peluang untuk mengaturkan perjalanan segmen ini yang mana akan bermula secepat mungkin.Saya mencadangkan untuk mengadakan persembahan bermula seawal jam 8mlm hingga jam 12tgh malam.Dan ianya akan berlaku seminggu sekali.Dimana bukan sekatak AKUSTIK  dari band,penyanyi SOLO juga di alu alukan untuk hadir membuat persembahan.cuma,Minus One klu ada ,bleh bawa lah..:)

Saya akan mencadangkan juga dimana 3 band akan diberi peluang menbawakan lagu.Setiap band akan mendendengkan 10 buah lagu sekitar dalam 45min untuk satu persembahan.Disyorkan kepada band band ini untuk membawakan lagu lagu sendiri dan diikuti dengan lagu lagu COVER yang sesuai untuk tontonan pengunjung.Pihak penganjur akan menyediakan segala kelengkapan seperti 2-3 gitar AMP dan juga mic.Anda digalakkan membawa alatan muzik yang sesuai dan mudah untuk digunakan.

p/s
kepada yang bermina,sila register nama anda kepada saya melalui INBOX di FB.

BRo Langau

Penulis Blog

Blog Yang Memberitahu Perihal Pemuzik Tempatan Khususnya Di Sabah.Yang Mana Meraka Ini Perlukan Sokongan Dari Anda Semua..