Yantzeen di Pitas

by 11:15 AM 0 comments
Yantzen bersama kumpulan HOKAGE

Baru baru ini sempena sambutan tahun baru cina,satu acara BATTLE OF THE BAND telah berlangsung di Daerah Pitas, Sabah.Kali ini,penganjur telah membuat kejutan dimana selain penyanyi tempatan dan pemuzik tempatan,mereka telah menjemput seorang penyanyi OTAI yang namanya sudah tidak asing lagi di persada muzik tanahair.

Lagu INSAN & kumpulan MAY adalah antara kesan peninggalan brader Yantzeen yang tidak akan luput di telan arus kemodenan.Seperti mimpi,itulah antara kata kata seorang sahabat yang mana salah seorang ahli kumpulan HOKAGE dimana beliau berkongsikan info berkenaan pengalaman mereka dijemput sebagai band pengiring kepada penyanyi otai ini.

Tetapi itulah hakikatnya dimana peluang yang jarang jarang diperolehi oleh warga Pitas tidak disia siakan oleh mereka.Dimana pada malam acara tersebut,ramai yang turut sama menyanyikan lagu lagu brader Yantzen ini.Terutamanya band HOKAGE lah,antara yang sentiasa senyum sakan kerana dapat satu stage dengan penyanyi lagenda ini.

Tahinah kepada band HOKAGE kerana berjaya membuat persembahan yang baik dan hebat bersama sama Yantzeen.Dan sememangnya band HOKAGE adalah antara band yang digeruni sekitar Kota Kinabalu apabila ada pertandingan BATTLE OF THE BAND.Ini kerana,persembahan dari band ini memang sentiasa dapat sambutan hangat dari penonton.Apatah lagi lagu WAJIB mereka iaitu BUNGA REFFLISIA dimana lagu ini adalah ciptaan sepenuhnya oleh mereka.

Semoga terus maju band Hokage dimasa akan datang.Lahirkan pelapis pelapis muda dikalangan warga Kota Marudu & Pitas dalam dunia muzik terutamanya secara berkumpulan....

BRo Langau

Penulis Blog

Blog Yang Memberitahu Perihal Pemuzik Tempatan Khususnya Di Sabah.Yang Mana Meraka Ini Perlukan Sokongan Dari Anda Semua..