Suka atau tidak?

by 4:43 PM 0 comments
Metronome
Sebenarnya semasa zaman sekolah rendah (tahun 80an) aku pernah nampak benda ni ampai ampai di bilik muzik sekolah.Antara barang paling best di main,dimana kalau di letakkan pemberat di atas atau dibawah,kita akan mendapat kelajuan yang amat berbeza.Ditambah lagi dengan bunyi yang kiut.Rupanya ini adalah alat asas untuk mengenali muzik.

Kalau di ikutkan secara terperinci benda yang bernamaMetronome ini memang perlu pada seorang yang ingin menghasilkan sesebuah lagu yang bermutu dan berkualiti.Semestinya anda semua lagi arif tentang benda ini.Aku sendiri pun baru saja mengenali alat ini secara spontan.

Suatu ketika,aku pernah kemukakan soalan pada beberapa orang yang arif tentang penghasilan sesebuah lagu iaitu kenapa ada antara lagu yang dirakamkan secara DEMO (tanpa menggunakan Metronome) lagi best berbanding dirakam secara SINGLE (menggunakan Metronome).Rupanya tanpa menggunakan metronome adalah sama erti dengan LIVE REKOD dimana masing masing ikut feel sendiri.Sumbang,tak ikut tempo belakang kira.Yang penting  syok...dan ada lagu dalam bentuk rakaman.Kalau rakaman mengikut Metronome,setiap pemain kena ikut tempo yang ditentukan oleh sound engineer agar proses mixing akan teratur dan bakal menghasilkan sesebuah lagu yang berkualiti (mengikut tempo)

Secara peribadinya,aku lebih menyukai lagu yang dihasilkan dalam bentuk DEMO (tanpa metronome) kerana seolah olah ianya lahir dari perasaan dari ahli kumpulan tersebut.Akan tetapi,aku terpaksa juga akur dengan standart yang ditetapkan oleh peredaran zaman dimana penggunaan Metronome adalah penting untuk penghasilan sesebuah lagu.Sekiranya mereka nak lagu itu menepati saranan stesen radio atau trend masa kini. 

Walaubagaimana pun,sekiranya aku silap,minta jasa baik anda perbetulkan atau kongsikan pendapat mengenai METRONOME ini.Boleh bah kan...

p/s
Adakah BAND anda merakamkan lagu menggunakan METRONOME?

BRo Langau

Penulis Blog

Blog Yang Memberitahu Perihal Pemuzik Tempatan Khususnya Di Sabah.Yang Mana Meraka Ini Perlukan Sokongan Dari Anda Semua..