Pembedahan untuk kedua kali dah selamat dijalankan

by 12:09 PM 0 comments


Baru baru ini ramai teman teman yang di dalam aliran muzik telah membuat perkongsian informasi mengenai pencarian penderma darah JENIS O.ini berkaitan dengan Abang kepada penyanyi kumpulan Rock-EnSoul telah dimasukkan kedalam Hospital Qween Elizabeth,Kota Kinabalu akibat jangkitan kuman di bahagian otak.Dan baru sahaja menjalani pembedahan pertama dimana 4 pain darah jenis O telah digunakan.Akan tetapi,menurut pihak hospital,ianya masih tidak mencukupi untuk menjalani pembedahan kali kedua


Alhamdulillah, dimana pembedahan yang ke dua telah selamat berjalan dengan lancar kemarin petang (6/1/2011).Info ini diperolehi dari beberapa orang teman yang mana telah memberitahu pada teman teman yang lain.Syukur juga atas keprihatinan mereka yang telah tampil membantu menderma darah jenis O pada pesakit yang memerlukannya.Semoga Tuhan sahaja yang dapat membalas jasa baik anda.


Sama sama kita berdoa agar abang kepada vokalis Rock en Soul ini sihat seperti sedia kala dan kembali ceria bersama keluarga tercinta

BRo Langau

Penulis Blog

Blog Yang Memberitahu Perihal Pemuzik Tempatan Khususnya Di Sabah.Yang Mana Meraka Ini Perlukan Sokongan Dari Anda Semua..