4 band vs 4 solo

by 12:15 PM 0 comments
Antara band yang berentap 

CARTA LAGU ARTIS SABAH adalah pertandingan yang dinanti nantikan oleh mana mana komposer dan penyanyi sekitar Sabah.Bukan sahaja penyanyi solo,malah penglibatan dari berkumpulan juga tidak ketinggalan hendak menyertai bertanding dalam program anjuran RTM Sabah iaitu SABAHFM .

Untuk membolehkan sesebuah lagu itu bakal dipilih melayakkannya masuk ke final,ianya haruslah mendapat undian yang tinggi pada setiap minggu.Ini memerlukan support yang kuat dari mpeminat sesebuah lagu tersebut.Seperti gambar yang anda lihat di atas,hanya 4 buah kumpulan sahaja yang layak masuk final sementara yang lain adalah pencalonan dari penyanyi solo.

Antara band band yang telah menempatkan nama ke final adalah:-

The Ariez
Siapa tak kenal dengan kumpulan The Ariez yang popular dengan lagu KETEGUHANKU.band ini telah layak ke final dengan lagu yang mereka pertaruhkan tahun lalu iaitu KETEGUHANKU(kalau tak silap saya lah).Dimana kekuatan suara vokalinya iaitu PROPS yang mantap dibantu dengan kemachoan bassist mereka iaitu Rojan.Opss,jangan mare jan,nanti kena jual...

The Fingers
Kepantasannya jari jemari pemain keyboard kumpulan ini tidak ada tolok bandingan dengan pemain kebot yang ada sekitar Sabah ini.Sehinggakan dia di kenali sebagai WAN KIBOT.Kumpulan The Fingers juga tercalon sebagai finalis dimana lagu mereka yang berjudul IMPIAN telah berjaya bertahan lama di dalam carta CLAS.Rasanya mereka sedang giat berlatih untuk membuat persembahan secara LIVE pada bulan febuari nanti dengan lagu 100% ciptaan mereka sendiri iaitu IMPIAN

Cahaya D' Folk

Inilah kali pertama band ini iaitu Cahaya D Folk mencalonkan lagu mereka yang berjudul KAU HARUS TAHU dan alhamdulillah berjaya & layak masuk ke final.bak kata pepatah,tuah ayam nampak di kaki,tuah manusia tak siapa yang tahu.Band ini jugak kerap membuat persembahan sekitar KK dan kali ini mereka bakal membuat persembahan depan penonton yang ramai dan hapenning.mana tidaknya mereka bakal perfom depan VVIP woo..:)

Makhluk
Dan band terakhir yang bakal berentap merebut tahta juara CARTA LAGU ARTIS SABAH 2011 adalah satu satunya kumpulan ROCK KAPAK yang dikenali ramai sekitar Kota Kinabalu iaitu Makhluk.Mereka adalah antara kumpulan yang masih mengekalkan konsep ROCK KAPAK dan penampilan 80an tetap menjadi trend mereka walau kemana jua mereka pergi.Mereka juga mempertaruhkan lagu 100% ciptaan mereka iaitu HIDUP YANG BARU...

Bukan mereka sahaja.ada 4 lagi pencalonan dari penyanyi solo dan semestinya juga mempunyai kekuatan paa lirik serta susunan melodi.Apa pun terjadi,kalah menang adalah adat.Yang pasti,penglibatan band tempatan telah mendapat sambutan dari pengiat & pengkarya muzik sekitar Sabah.Diharap tahun 2012 akan ramai lagi band yang bakal menyertai pertandingan CARTA LAGU ARTIS SABAH ini agar karya mereka boleh di kategorikan sebagai bermutu dan berkualiti.

Pada yang tertanya tanya,bila agaknya acara FINAL ini,berikut adalah info yang dikongsikan melalui email oleh member member:-



Tarikh:- 26 Febuari 2012
Tempat:- pusat membeli belah 1Borneo

BRo Langau

Penulis Blog

Blog Yang Memberitahu Perihal Pemuzik Tempatan Khususnya Di Sabah.Yang Mana Meraka Ini Perlukan Sokongan Dari Anda Semua..